Kalau hujung minggu masih buntu nak ke mana bersama keluarga atau kawan-kawan, warga Johor Bahru bolehlah terus tuju ke Karnival Jom Heboh di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall.
Karnival berlangsung selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026, seawal jam 9 pagi sampai 11 malam. Masuk pun percuma!
Istimewanya, ini kali pertama foodpanda turun padang menyertai Karnival Jom Heboh untuk membawakan pengalaman “make life delicious” secara langsung kepada pengunjung.
Makan puas-puas di 11 port viral, siap boleh kumpul hadiah
Bagi yang suka mencuba pelbagai hidangan, jangan lupa singgah ke foodpanda Zone. Di sini, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan berat yang menyelerakan seperti Hen & Heaven, Burger Bandit, Marrybrown, Puyuk Besar dan The Roadside Eatery.
Jika ingin mencuci mulut atau mencari snek ringan, terdapat Krispy Kreme Doughnuts serta D’Laksa. Bagi melegakan dahaga pula, pelbagai pilihan minuman segar turut menanti daripada jenama popular seperti CHAGEE, Starbucks, JUGOS serta The Tako & Omocha.

Sambil makan, korang juga berpeluang mengumpul cop setiap kali membuat pembelian di kedai-kedai ini untuk menebus pelbagai cenderahati eksklusif Pau-Pau:
- 3 Cop: 1x Stoking Ayam Gepuk
- 6 Cop: 1x Cawan Perkhemahan Pau-Pau
- 10 Cop: 1x Tikar Piknik Pau-Pau
Singgah booth pandamart, bawa balik goodie bag percuma
Ramai yang masih ingat foodpanda sekadar untuk memesan makanan bila malas keluar. Hakikatnya, daripada barangan dapur basah sampailah ke barang keperluan harian, semuanya boleh didapati dengan pantas dan mudah menerusi pandamart.

Di tapak karnival nanti, singgah terus ke reruai utama foodpanda untuk melihat pameran produk pandamart dan jangan lepaskan peluang membawa pulang goodie bag pandamart percuma!
Jimat lebih setiap hari dengan pandapro
Nak nikmati lebih penjimatan untuk pesanan harian dan barangan runcit? Khas sepanjang tiga hari karnival ini, pengguna baharu pandapro boleh menikmati tawaran eksklusif:
- Diskaun 50% untuk langganan pelan 6 bulan atau 12 bulan
- Baucar tambahan RM15 OFF

Lock kalendar korang siap-siap pada 30 Oktober hingga 1 November 2026 dan ajak seisi keluarga meriahkan suasana di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall.
Untuk melihat tawaran terkini, layari laman web rasmi foodpanda Malaysia. Jumpa orang Johor di sana!
The post Pertama Kali Buka Port Makanan Viral Di Jom Heboh JB, foodpanda Ada Banyak Merchandise Percuma Nak Bagi! first appeared on OHBULAN!.





