26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daiyan Trisha Teruja Buku Teks Zaman Sekolah Jadi Perhatian – ‘Saya Pula Yang Excited’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mencuri perhatian apabila namanya ditemui dalam buku teks yang pernah digunakan semasa zaman persekolahan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Anom Suraya Akan Sentiasa Hidup Dalam Hati Saya’ – Daiyan Trisha

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Sokong Guna AI Untuk Hasilkan Lagu, Ramai Belum Diberi Peluang Serlahkan Bakat’ – Daiyan Trisha

    Random yang best

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menggunakan buku teks yang pernah dimiliki Daiyan.

    Mengulas perkara itu, Daiyan turut meluahkan rasa teruja apabila mengetahui buku yang tertera namanya itu pernah digunakan oleh orang ramai ketika zaman persekolahan.

    Saya pulak yang rasa teruja korang guna buku teks saya dulu masa sekolah.

    Gila, masa saya form 5 kot.

    Random yang best!

    Dalam pada itu, nama Daiyan turut mendapat pujian kerana dianggap unik dan antara nama paling menarik sebelum kemunculan nama-nama generasi Z dan Alpha.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah & Muaz Zabir Didakwa Berfoto & Berbual Mesra, Netizen Menyuarakan Rasa Menentang Fitnah – ‘Boleh Jadi Editan’

    Pelakon siri drama Projek; Anchor SPM itu turut mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa buli ketika kecil kerana namanya, namun kini berbangga dengan nama tersebut.

    Terima kasih awak!

    Masa kecil dulu kadang-kadang saya kena buli sebab nama saya, tak tahu kenapa.

    Namun kini, saya sangat bangga membawa nama ini.

    Sekadar info, Daiyan Trisha mendapat pendidikan menengah di SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor.

    Selepas tamat SPM, dia melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di UiTM sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari IUKL.

    Sumber: Threads

    The post Daiyan Trisha Teruja Buku Teks Zaman Sekolah Jadi Perhatian – ‘Saya Pula Yang Excited’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah