27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas presiden Badan Peguam Manjeet Singh meninggal dunia

    Shopee Sale

    Bekas presiden Badan Peguam Malaysia Manjeet Singh Dhillon meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun.

    Peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu memberitahu Bernama, Manjeet meninggal dunia di rumahnya di Bukit Damansara awal pagi tadi.

    “Peguam senior Manjeet meninggal dunia pagi ini. Berita duka,” katanya dalam pesanan WhatsApp.

    Antara kes berprofil tinggi dikendalikan mendiang termasuk pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu pembelaan N. Pathmanabhan, seorang daripada empat tertuduh.

    MENARIK:  'Siasat dakwaan 17 juta data MyKad dijual di web gelap'

    Beliau juga merupakan peguam penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes sivil yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh pada 2006.

    Peguam jenayah itu berkhidmat sebagai presiden Badan Peguam Malaysia dari 1991 hingga 1992 dan pernah menjadi presiden Royal Lake Club.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah