24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas panglima tentera darat, dua isteri ditahan SPRM

    Shopee Sale

    Seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) dan dua isterinya merupakan antara lima individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

    Lelaki itu bersama dengan isteri-isterinya, ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira 7 malam ini, manakala sepasang suami isteri lain, turut ditahan berhubung siasatan kes berkenaan semalam.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penahanan kesemua mereka bagi membantu siasatan kes rasuah tender perolehan TDM.

    “Esok, SPRM dijangka memohon reman bekas panglima dan dua isterinya. Pasangan suami isteri yang ditahan itu pula telah direman tujuh hari,” katanya.

    MENARIK:  Joehari Ayob bakal jadi presiden baru FAM

    Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Panglima Tentera Darat telah diarah bercuti sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan membabitkan beliau.

    Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, kemudian dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa 1 Jan.

    Pada 23 Dis, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka, serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

    Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah