31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Rider’ Kesal Dimaki Pelanggan Letak Makanan Atas Lantai – ‘Telefon 12 Kali Tak Jawab, Ketuk Pintu Tak Buka’

    Shopee Sale

    Seorang penghantar makanan mendedahkan sikap seorang pelanggan yang didakwa memarahinya kerana meletakkan pesanan di atas lantai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Kongsi Momen ‘Rider’ Menangis, Beri Servis Tukar Rantai Motor Percuma – ‘Dia Tak Cukup Duit & Baru Buat 2 Order’

    Artikel Berkaitan: Anzalna Minta Tolong Netizen Cari Info, Simpati Dengan Abang ‘Rider’ Tukar Lampin Bayi Atas Motosikal

    Luahan rider

    Menerusi perkongsian semula di Threads, penghantar makanan berkenaan menjelaskan bahawa dia sudah menghubungi pelanggan tersebut dan mengetuk pintu rumahnya, namun tiada sebarang respon.

    Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk meletakkan makanan yang dipesan di atas lantai berikutan tiada pilihan lain.

    Dah sampai depan rumah saya telefon dia dekat 12 kali tak jawab, saya ketuk pintu dekat 10 minit tak buka.

    Makanan ni guna paper bag dan ada air, pagar pula tak boleh nak diselit. Saya tak ada pilihan lain, saya letaklah makanan tu dekat bawah.

    Saya ambil gambar kemudian pergi dari rumah itu.

    Ketika menunggu lif, penghantar makanan berkenaan terdengar pelanggan tersebut menghamburkan kata-kata kesat terhadapnya kerana tindakannya itu.

    MENARIK:  Iqbal Zulkefli Berkongsi Pendapat Untuk Menerbitkan Drama Mengenai Kisah Hukum Berasmara Dalam Iddah

    Menurut penghantar makanan itu, dia telah mencuba untuk memaklumkan tentang situasi sebenar, namun pelanggan tersebut tidak mahu menerima penjelasannya.

    Tengah tunggu lif saya terdengar orang buka pintu mengomel dengan memaki rider sebab letak makanan dekat bawah.

    Saya pergi dan dia kata,’ kau tak boleh fikir ke letak makanan dekat bawah?, Kau nak buat kerja, buat kerja elok-elok.’

    Saya jawab dan memberitahunya tapi dia tak boleh terima.

    Justeru, penghantar makanan berkenaan meminta orang ramai supaya sentiasa peka dengan panggilan daripada mereka, selain memantau aplikasi penghantaran sebaik melakukan pesanan.

    Pesanan saya pada pelanggan, minta tolong alert tentang rider.

    Saya tahu banyak lagi kes begini, tak semua tapi segelintir pelanggan tak ada common sense.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] ‘Rider’ Kesal Dimaki Pelanggan Letak Makanan Atas Lantai – ‘Telefon 12 Kali Tak Jawab, Ketuk Pintu Tak Buka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah