33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas menteri, veteran MCA Michael Chen meninggal dunia

    Shopee Sale

    Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga bekas Timbalan Presiden MCA, Tun Michael Chen Wing Sum, 92, meninggal dunia hari ini.

    Perkara itu disahkan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebooknya malam ini.

    “Menerima berita sedih mengenai Tun Michael Chen, bekas Timbalan Presiden MCA yang telah meninggal dunia hari ini. Sumbangan dan perananan semasa hayatnya kepada masyarakat, MCA serta negara akan sentiasa dikenang,” katanya menerusi hantaran itu

    Wee berkata mendiang telah memainkan perananan penting khususnya dalam memudahkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China melalui ‘Diplomasi Ping Pong’ seterusnya memupuk hubungan yang membawa kemajuan dan kerjasama bermakna antara kedua-dua negara.

    Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata Chen adalah veteran yang setia menyokong parti dan tetap bersemangat menghadiri program anjuran parti walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot.

    “Walaupun dalam kesedihan, tetapi ahli parti perlu meneruskan legasi dan semangat perjuangannya. Kesungguhan Tun Michael terhadap kemajuan dan perpaduan akan terus memberi inspirasi kepada kita terutama ahli parti. Takziah diucapkan kepada keluarganya,” katanya.

    MENARIK:  Jangan balas kebencian dengan kebencian - NGO

    Pada 1964, Chen memulakan karier sebagai Setiausaha Parlimen kepada Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab dalam Penyelidikan Tenaga Nuklear dan Alam Sekitar pada 1973.

    Pada tahun berikutnya, beliau dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama lima tahun.

    Chen, juga pernah dilantik sebagai senator pada 1997, sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 2000 hingga 2003.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah