26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

    Shopee Sale

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

    Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang menjadi tunjang penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negara.

    “Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan atas pengorbanan, kesabaran dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu serta memupuk nilai murni kepada anak bangsa,” menurut hantaran itu.

    MENARIK:  Kebolehpasaran graduan TVET capai 99 peratus, kata menteri

    Sempena sambutan Hari Guru hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar kebajikan warga pendidik terus diperkasakan serta dipertingkatkan demi memastikan bidang perguruan kekal dihormati dan mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang cemerlang.

    Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan ‘Guru Bitara, Nadi Negara’.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah