26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua Pemuda PKR Wilayah Persekutuan keluar parti

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda PKR (AMK) Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.

    Asheeq berkata, dia menyertai PKR selepas kejatuhan kerajaan PH akibat Langkah Sheraton pada 2020, namun selepas lebih separuh penggal mentadbir negara, parti itu kini semakin jauh daripada asas perjuangannya.

    "Pada awalnya saya masih cuba menyesuaikan diri dengan haluan parti, namun akhirnya terhimpit antara idealisme perjuangan dan pendekatan pragmatisme baru yang semakin menebal dalam PKR.

    "Banyak keputusan yang diambil oleh kerajaan pada hari ini menyimpang daripada asas perjuangan yang saya percaya sejak zaman aktivisme saya dahulu sehingga kini," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

    Asheeq yang juga Ketua Cabang Batu berkata dia akan memberikan notis dua minggu kepada Menteri Wilayah Persekutuan berhubung peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Parlimen Batu, serta memastikan proses peralihan tugas berjalan lancar.

    "Saya merakamkan penghargaan kepada semua yang pernah bersama memberi ruang, kepercayaan dan pelajaran sepanjang perjuangan, dan menegaskan komitmennya terhadap masyarakat kawasan Batu tidak pernah terikat pada mana-mana jawatan atau parti.

    MENARIK:  Mahkamah tolak rayuan AG ketepi kebenaran Rosli Dahlan mula semakan kehakiman

    "Walau apa pun keputusan politik saya selepas ini, saya akan meneruskan gerak kerja dan bakti di Batu sebagai anak tempatan yang lahir di sini," katanya.

    Pada 12 Mei lalu, lapan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan keluar daripada PKR selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden parti, Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

    Pengerusinya, Ram Erfan Zur Nuqman, mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media dan mendakwa sayap tersebut terbubar secara rasmi.

    Antara yang turut meninggalkan PKR ialah Timbalan Pengerusi MKM, R Paarveen; Naib Pengerusi II, Ismail Hakim; Setiausaha Kerja, Muhammad Zuhair Hazman Zohari; Setiausaha Kerja II, Khairunnabiha Baharin; Bendahari Emy Azariena; Ketua Penerangan, Muhammad Luqman Hakim Mohd Kamal, serta Ketua Biro Seni, Budaya & Sukan Muhammad Danish Fitri Mohd Razi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah