Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mamat Got No Chill tampil mendedahkan bahawa detik paling mencabar dalam hidupnya berlaku pada minggu pertama selepas mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Mamat Got No Chill Minta Pertolongan Pakar, Mahu Berhenti Hisap Vape – ‘Kenapa Nafas Jadi Pendek & Perut Sakit?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mamat Got No Chill & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama, Netizen Sebak Tengok
Kehidupan influencer ditaja
Menerusi sebuah podcast Sembang Kachip, Mamat atau nama sebenarnya Muhammad Firdaus Mat Nahar, 29, berkongsi bahawa minggu pertama selepas mendirikan rumah tangga merupakan detik yang sukar apabila dia hanya memiliki baki sebanyak RM30 dalam akaun bank.
Waktu paling aku susah sebenarnya adalah minggu pertama aku bernikah.
Minggu pertama aku nikah, esoknya bank akaun aku ada RM30 sahaja.
Aku kahwin waktu itu aku tak ada duit.
Menurutnya, persepsi masyarakat terhadap kehidupan influencer yang sering dilihat mewah adalah tidak tepat kerana kebanyakan perbelanjaan tersebut ditaja oleh pihak tertentu atas tujuan pemasaran.
Ramai orang ingat influencer hidup mewah.
Tapi itu semuanya dunia tipu-tipu.
Satu benda aku nak bagi tahu, apa yang kau tengok dekat media sosial, kehidupan influencer, itu semuanya tipu.
Contohnya pergi bercuti, bukan duit dia, itu adalah sponsor.
Berapa banyak trip bercuti influencer dapat sponsor? Banyak.
Aku pun dapat banyak.
Pergi tunaikan ibadah Umrah pun boleh dapat sponsor sebab kau influencer, dan atas tujuan marketing.
Tapi orang luar tengok, ‘Kaya dia ini pergi bercuti.’
Tak, itu sebenarnya duit sponsor semua.
Bagi aku, itu adalah tujuan bekerja.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Minggu Pertama Nikah, Akaun Bank Ada RM30.. Aku Kahwin Waktu Tak Ada Duit’ – Mamat Got No Chill first appeared on OHBULAN!.





