33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelantikan Dr Sam tanda PAS ketandusan pemimpin – Guan Eng

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, hari ini mempersoalkan kewibawaan PAS apabila naib presiden parti itu, Ahmad Samsuri Mokhtar, dinamakan sebagai ketua pembangkang yang baru bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin.

    Lim berkata, tindakan PN semalam memberi gambaran seolah-olah PAS memang ketandusan calon yang wibawa untuk menggalas tanggungjawab besar sama ada di peringkat negeri atau nasional.

    "Persoalan timbul, adakah PAS tidak ada pemimpin berwibawa sehingga melantik Ahmad Samsuri memikul dua tanggungjawab dengan memakai 'dua topi' (iaitu) sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dan Menteri Besar Terengganu?

    "Kedua-dua jawatan ini adalah tugas dan tanggungjawab yang berat.

    “Nescaya mana-mana satu jawatan ini pun perlukan fokus dan tumpuan sepenuhnya," kata Lim dalam kenyataan hari ini.

    Semalam, PN mengumumkan bahawa mereka bersetuju melantik Ahmad Samsuri sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan bekas Timbalan Presiden Bersatu berkenaan.

    Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata semua anggota majlis tertinggi parti gabungan pembangkang itu menghadiri mesyuarat berkenaan.

    Pemilihan Ahmad Samsuri bagi jawatan itu dilihat sebagai usaha menamatkan polemik yang tercetus akibat Bersatu tidak berpuas hati dengan kedudukan Hamzah yang masih kekal sebagai ketua pembangkang meskipun telah dipecat.

    MENARIK:  Polis siasat dakwaan pengawal peribadi kerabat diraja pukul OKU

    Rugikan Terengganu, PN

    Untuk rekod, selain menjadi ketua pembangkang serta Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri juga menggalas tugas sebagai Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Kemaman.

    Dia juga baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi PN.

    Kata Lim, keberadaan Ahmad Samsuri sebagai Ahli Parlimen Kemaman sendiri masih perlu penambahbaikan berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan ahli politik terbabit.

    Merujuk kepada portal myparliament.calmic.com.my, Lim mendakwa, Ahmad Samsuri hanya hadir 158 daripada 248 hari persidangan, iaitu sekitar 63.7 peratus.

    "Macam mana Ahmad Samsuri boleh jalankan tugas sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dengan hanya hadir sebanyak 63.7 peratus?

    "Sekiranya beliau hadir setiap hari persidangan Dewan Rakyat pula, adakah beliau mampu menjalankan amanah penuh beliau sebagai menteri besar dengan tidak hadir di Kuala Terengganu?" katanya yang juga bekas menteri kewangan.

    Tegas Lim, keputusan melantik Ahmad Samsuri sebagai ketua pembangkang sebenarnya adalah tidak realistik dan kurang praktikal kerana pada akhirnya yang akan rugi ialah rakyat Terengganu serta pengundi PN sendiri.

    "Nampaknya PAS benar-benar tidak ada pemimpin yang berwibawa selain daripada Ahmad Samsuri," tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah