34 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas ketua komunikasi korporat lepas, bebas tuduhan rasuah lebih RM5,000

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian daripada pertuduhan memperoleh suapan RM5,268, tiga tahun lepas.

    Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) A. Selvam memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh, Nur Fazreen Mohamad Kamal, 45, telah membayar kompaun susulan representasi dikemukakan kepada pihak pendakwaan.

    "Pada 7 Mei lepas, SPRM menawarkan kompaun mengikut Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan tertuduh telah membayar kompaun tersebut pada 12 Mei lepas.

    "Oleh demikian, pihak pendakwaan memohon supaya pertuduhan utama di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh ditarik balik," katanya tanpa tidak mendedahkan jumlah kompaun berkenaan.

    Peguam T. Sivaranjeni yang mewakili Nur Fazreen mengesahkan anak guamnya telah menjelaskan bayaran kompaun tersebut dan memohon agar ibu kepada empat anak itu dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

    Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Suzana kemudian melepas dan membebaskan Nur Fazreen daripada pertuduhan tersebut.

    "Memandangkan tertuduh telah membayar kompaun seperti yang ditawarkan oleh SPRM, jadi mahkamah membenarkan permohonan pembelaan agar tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini," katanya.

    MENARIK:  Lelaki OKU melecur disimbah air panas dalam lif

    Mengikut pertuduhan, Nur Fazreen didakwa memperoleh suapan RM5,268 daripada seorang wanita bagi sebahagian bayaran seutas gelang emas seberat 39.30 gram.

    Bayaran itu dibuat secara dalam talian daripada akaun bank milik syarikat Tulip Event Exhibition Enterprise (Tulip Event) ke akaun sebuah kedai emas, KB Gold 2 Enterprise.

    Suapan itu sebagai upah bagi tertuduh mengesahkan Borang Permohonan Pesanan Kerajaan berhubung kerja perkhidmatan sewaan peralatan pameran Trenchless Asia 2023 bernilai RM49,950 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kepada syarikat berkenaan.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Bukit Bintang, di Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah