34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas CEO disoal siasat SPRM sekali lagi

    Shopee Sale

    Bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Jontih Enggihon sekali lagi disoal siasat berhubung laporan SPRM yang dibuat terhadapnya.

    Namun, Jontih dilihat tidak terkesan dengan perkara itu.

    “Saya boleh hadapi masa (soal siasat), asalkan kebenaran dapat diketahui,” katanya kepada Malaysiakini apabila ditanya berapa lama dia berada di ibu pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu, semalam.

    “Saya memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya lagi.

    Pada Selasa lalu, Jontih - yang sebelum ini mendakwa Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa berhubung pemberian lesen perlombongan (PL) - disoal siasat selama tujuh jam.

    Dia juga telah membuat laporan SPRM terhadap Hajiji.

    Sebelum ini, Jontih memberitahu Malaysiakini dia memiliki "bukti" untuk menyokong dakwaannya itu, iaitu “minit mesyuarat lembaga pengarah SMM”, “nota taklimat bercetak kepada ketua menteri”, dan “mesej teks daripada ketua menteri”.

    MENARIK:  Penganalisis: Tuntutan kerusi PH boleh jejaskan blok perpaduan Sabah

    “Semua bukti ini disimpan dengan selamat oleh seseorang, di suatu tempat. Saya sanggup untuk menyerahkannya kepada SPRM,” katanya ketika itu.

    Laporan terhadap Jontih dibuat beberapa jam selepas Malaysiakini menyiarkan video yang memaparkan dia menuduh Hajiji campur tangan dalam permohonan PL di Sabah.

    Dia dituduh memiliki perkaitan dengan pemberi maklumat dalam dakwaan rasuah Sabah, ketika dia masih berkhidmat di Jabatan Mineral dan Geosains.

    Dikatakan bahawa ketika Hajiji mendapat tahu berkenaan perkara itu, dia “sangat kecewa” dan memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak Jontih dengan SMM.

    Pemberi maklumat itu memiliki lapan video, yang telah dilihat Malaysiakini, di mana dia didakwa berbincang mengenai rasuah untuk sejumlah Adun agar menyokong permohonannya untuk mendapatkan PL.

    Hajiji bagaimanapun berkata video tersebut adalah satu usaha untuk melemahkan kerajaan negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah