29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas adun Seri Kembangan nafi seleweng duit pusat khidmat

    Shopee Sale

    Bekas Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah menyifatkan dakwaan dia menyelewengkan dana pusat khidmatnya ketika menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

    Sebaliknya, dia berkata dakwaan itu bangkitkan pihak tertentu bagi memburukkan imejnya menjelang pengundian DAP di Selangor yang dijadual diadakan bulan depan.

    Ean Yong berkata dia telah memberi kerjasama dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan itu.

    "Dakwaan ini adalah tidak berasas dan saya telah pun memberi kerjasama yang penuh kepada SPRM pada siasatan yang dilakukan tahun lepas.

    "Perkara ini berbangkit semula disebabkan ada pihak yang ingin campur tangan dalam pengundian DAP Selangor akan datang," katanya kepada Malaysiakini.

    Terdahulu, Ahli Parlimen Kuala Langar Ahmad Yunus Hairi membangkitkan isu berkenaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat.

    Ahmad Yunus Hairi

    Ahmad Yunus yang juga pesuruhjaya PAS Selangor bertanya tentang status siasatan terhadap seorang bekas Adun, tanpa merujuk Ean Yong secara khusus.

    MENARIK:  MP PAS dakwa PM salah guna kuasa arah SKMM siasat Muhyiddin

    Dalam satu kenyataan selepas sesi perbahasan itu, Ahmad Yunus berkata tindakannya membangkitkan isu berkenaan bukan kerana ingin mencampuri urusan DAP.

    "...Tetapi oleh kerana tertuduh kini merupakan pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang atas lantikan Yang di-Pertuan Agong. Demi menegakkan integriti, rakyat berhak tahu statusnya.

    "Adakah dakwaan yang dibuat ada asas dan pihak peguam negara akan mendakwanya, atau dakwaan ini tidak berasas? Rakyat perlu tahu dan kerajaan bertanggungjawab memberikan penjelasan," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah