31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raih Tempat Ketiga AJL40, Ryenald Guntabid Pertimbang Berpindah Ke Kuala Lumpur – ‘89.71 Peratus Pasti’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ryenald Guntabid tidak menolak kemungkinan untuk berpindah ke Kuala Lumpur (KL) selepas meraih kemenangan tempat ketiga di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40.

    Artikel Berkaitan: AJL40: Terharu Diramal ‘Vokal Terbaik’, Ryenald Guntabid Bagi ‘Hint’ Persembahan – ‘Saya Tak Nyanyi Seorang’

    Artikel Berkaitan: AJL 40: Amir Jahari Yakin Dengan Bakat Ryenald Guntabid – ‘Dari Segi Vokal Dia Boleh Makan Calon Lain’

    Pindah KL

    Ketika ditemui , Ryenald, 30, berkata kejayaannya di pentas berprestij itu menguatkan lagi kebarangkalian untuk berhijrah ke ibu negara demi mengembangkan kerjaya dan bakat seninya.

    Ketika soalan itu diajukan kepada saya di Anugerah Industri Muzik pada tahun lepas, saya masih lagi tidak dapat membayangkan saya tinggal di Kuala Lumpur sepenuh masa.

    Saya rasa selepas ini kebarangkalian itu sudah menjadi 89.71 peratus pasti, tinggal hal-hal yang lain saja yang akan menentukan sama ada saya akan berpindah ke Kulala Lumpur atau pun tidak.

    Bagaimanapun, Ryenald yang kini menetap di Sabah berkata ada perkara lain yang turut dipertimbangkan termasuk keinginannya untuk menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada masyarakat di negeri itu.

    Di Sabah, saya rasa mereka memerlukan seseorang yang perlu dijadikan contoh yang ‘dekat’ di sana.

    Saya rasa saya perlu lebih dekat di sana sebab ramai yang anak-anak muda baru mula nak berkarya terdorong kalau saya berada di sana.

    Saya mahu menjadi inspirasi kepada mereka.

    Pada malam berprestij itu, Ryenald yang mempertaruhkan Lumangad Oku Dika dinobatkan sebagai pemenang ketiga dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi AJL40.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kalau Kau Nyanyi Fattah, Jangan Pakai Mikrofon..Kalau Suara Tak Sedap Orang Tak Marah’ – Bell Ngasri

    The post Raih Tempat Ketiga AJL40, Ryenald Guntabid Pertimbang Berpindah Ke Kuala Lumpur – ‘89.71 Peratus Pasti’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah