33 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga kawasan catat IPU tidak sihat setakat 4 petang

    Shopee Sale

    Tiga kawasan di dua negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan dua daripadanya di Sarawak.

    Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu melibatkan IPD Serian yang merekodkan IPU 157, diikuti Samarahan (151).

    Di Selangor, Johan Setia turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, iaitu 124.

    Sementara itu, sebanyak 65 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

    MENARIK:  Persatuan penjaja mohon k'jaan negeri turunkan sewa tapak hingga 50 peratus

    Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

    Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah