31.4 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Misha Omar ‘Sekolahkan’ Netizen – ‘Jangan Tengok Atau Cakap Perkara Yang Diri Sendiri Tak Suka’

    Shopee Sale

    Penyanyi Misha Omar tampil menasihati segelintir netizen agar lebih menjaga tutur kata terhadap anak seni dalam industri hiburan.

    Artikel Berkaitan: Tak Guna ‘Kabel’ Suami, Misha Omar Mahu Anak Tempuh Temuduga Pramugara Secara Telus & Adil

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Beri Saya Masa Untuk Membesar & Saya Akan Pastikan Bakat Berkembang’ – Anak Misha Omar

    Kurangkan bercakap tentang orang

    View on Threads

    Menerusi potongan klip siaran langsung di Instagram (IG), Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 44, menerima aduan mengenai persembahan penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

    Bagaimanapun, Misha menitipkan pesanan supaya tidak melayan atau diperkatakan perkara yang tidak disenangi sebaliknya fokus kepada perkara yang mampu memberi ketenangan dalam kehidupan.

    Belajarlah untuk tidak bercakap tentang perkara yang kita sendiri tidak suka.

    Pilih untuk jangan cakap atau tengok pun apa-apa perkara yang diri itu tak suka.

    Cuba buat, Insya-Allah sejahtera hidup kau dan orang lain juga. Kurangkan suka mengadu.

    Tambah pelantun lagu Break itu, dia terbuka menerima segala teguran yang dilemparkan kerana menyedari dirinya seorang penghibur dalam industri seni.

    Saya seorang penghibur dan segalanya hanya hiburan. Saya terima saja. Apa saja orang cakap, suka hati awak.

    Itu perspektif awak, saya tak perlukan. Bukan hak saya, itu jari, hati dan mulut awak.

    Saya rasa, kalau awak ada tak suka sesiapa, tak perlu cakap.

    Kalau tak suka dengar orang nyanyi lagu nada tinggi, pergi la cari orang yang nyanyi nada rendah.

    Sumber: Threads @sushisighhh

    MENARIK:  Tuntutan Yasmine Ow untuk Suaminya Menjadi Bertanggungjawab, Berakhir dengan Perceraian Aditya Zoni

    The post [VIDEO] Misha Omar ‘Sekolahkan’ Netizen – ‘Jangan Tengok Atau Cakap Perkara Yang Diri Sendiri Tak Suka’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah