26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bau busuk rumah jiran, mayat lelaki ditemukan

    Shopee Sale

    Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata berdasarkan maklumat diterima, pihaknya telah pergi ke rumah itu dan mendapati lelaki terbabit meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah.

    "Hasil siasatan, si mati tinggal bersama bapanya berusia lingkungan 90-an yang telah nyanyuk menyebabkan polis terpaksa memecahkan pintu rumah untuk membuat pemeriksaan.

    MENARIK:  Amanah: Mohon maaf petanda Sanusi iktiraf hala tuju PM

    "Siasatan awal mendapati kematian itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata siasatan mempercayai lelaki itu meninggal dunia sejak lima hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang berbau dan berulat.

    Mayat katanya dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bezah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah