29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Australia minta rakyatnya tinggalkan Israel segera

    Shopee Sale

    Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera berikutan situasi keselamatan yang semakin meruncing susulan serangan berterusan Israel ke atas Gaza dan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.

    "Kerajaan Australia mempunyai kebimbangan serius bahawa keadaan keselamatan di Israel dan Wilayah Palestin yang Diduduki boleh merosot dengan cepat. Hari ini, kami telah menaik taraf nasihat perjalanan Australia kepada Jangan Pergi. Ini bermakna anda perlu meninggalkannya sekarang jika selamat untuk berbuat demikian," kata Menteri Luar Penny Wong di X lewat Isnin.

    Wong turut menggesa rakyatnya supaya menghubungi Pusat Kecemasan Konsular kerajaan jika mereka memerlukan sebarang bantuan.

    Menurut diplomat kanan itu, Canberra telah membawa keluar 2,748 warga Australia dan keluarga mereka dari Lubnan.

    Bulan lepas, China dan Rusia juga meminta warganya supaya meninggalkan Israel berikutan situasi keselamatan semasa di rantau itu.

    Sepanjang tahun lalu, Israel telah membunuh lebih 42,000 rakyat Palestin di Gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan 2.3 juta penduduknya kehilangan tempat tinggal.

    MENARIK:  Orang ramai puas hati tempoh menunggu di klinik kesihatan kini 30 minit

    Serangan Israel ke atas Gaza telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sudah sedia teruk, dengan kekurangan makanan, air bersih dan bekalan perubatan yang teruk akibat sekatan yang berpanjangan.

    Usaha yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar untuk menjadi pengantara gencatan senjata serta pertukaran tawanan antara Israel dan Hamas telah gagal berikutan keengganan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menghentikan peranang.

    Sementara itu, Israel telah memperluas operasi ketenteraannya ke Lubnan, melancarkan serangan udara dan darat ketika ketegangan di rantau itu terus meningkat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah