Seorang pemuda yang dikenali sebagai Wan meraih perhatian netizen dengan kegigihannya mencari rezeki demi menyara keluarga seawal usia 15 tahun.
Artikel Berkaitan: Jual Belon Di Jalanan Sambil Ditemani Isteri, ‘Mr Bean’ Versi Tempatan Kongsi Mesej Motivasi – ‘Tak Semua Ada Wang Itu Bahagia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu OKU Gigih Cari Rezeki, Berdiri 10 Jam Jual Kerepek – ‘Sehari Paling Banyak Dapat RM34’
Sara keluarga
Menerusi perkongsian di TikTok, Wan memaklumkan dia sudah empat tahun mencari rezeki sebagai pengutip sampah di Kuantan.
Tambahnya, dia memilih untuk berhenti sekolah agar dapat membantu keluarga dengan membuat dua kerja dalam sehari.
Umur saya sekarang 23 tahun. Saya bekerja sebagai pengutip sampah dah empat tahun.
Saya ada dua kerja. Satu lagi sebagai part time di kedai makan.
Umur 15 tahun saya dah mula bekerja. Keluarga ada masalah sedikit. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah dan bantu keluarga.
Saya memilih untuk hadapi semua ini demi keluarga saya. Saya ada tiga orang adik yang masih bersekolah.
Saya nak mereka habiskan pelajaran. Saya tak habis tidak mengapa.
Menurutnya lagi, dia sanggup melakukan apa saja pekerjaan yang halal selagi dapat meringankan beban kedua ibu bapanya.
Saya buat apa saja kerja. Yang penting halal dan tak ganggu orang. Yang penting, dekatkan diri dengan Allah.
Ibu bapa adalah satu semangat dan motivasi untuk saya teruskan kehidupan. Janji boleh ringankan beban mereka.
Sumber: TikTok @storie
The post [VIDEO] Pemuda ‘Korban’ Zaman Muda Kutip Sampah, Bantu Sara Tiga Adik Bersekolah – ‘Saya Buat Dua Kerja, Janji Halal’ first appeared on OHBULAN!.



#storiemy #malaysia #behindthehustle 

