32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuanku Muhriz: Pentadbiran wajar diteruskan seperti biasa

    Shopee Sale

    Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 membuka tirai hari ini, dengan istiadat pembukaan rasmi disempurnakan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

    Tuanku Muhriz dipetik Bernama bertitah pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kelangsungan tadbir urus berjalan dengan teratur serta memelihara kepentingan rakyat.

    Baginda juga bertitah walaupun tanpa kehadiran pembesar negeri yang lazimnya mengiringi baginda pada setiap perasmian sidang DUN, keadaan itu tidak menjejaskan keabsahan mahupun kelancaran persidangan berkenaan.

    “Beta berdoa kepada Allah SWT supaya negeri dan rakyat beta terus diberikan kesejahteraan dan hidup dalam suasana harmoni melalui kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun bersama barisan exco kerajaan negeri.

    “Beta berasa amat bersyukur kerana kerjasama kukuh dalam kerajaan beta terus menunjukkan prestasi yang amat cemerlang pada tahun lepas,” titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Ke-15 di Seremban hari ini.

    Turut berangkat ke istiadat itu Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

    Bagaimanapun, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, tidak hadir perasmian sidang DUN hari ini.

    Persidangan DUN dijadualkan berlangsung selamat empat hari bermula hari ini sebelum disambung semula pada 27 April ini.

    Negeri Sembilan mempunyai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dipimpin Menteri Besar Aminuddin Harun.

    MENARIK:  Khazanah Research saran skim bina dan jual bagi lindungi pembeli rumah

    Semalam, para pembesar wilayah di Negeri Sembilan menggesa upacara pembukaan DUN pagi ini ditangguhkan sehingga seorang Yang Dipertuan Besar baru dilantik secara sah.

    Dalam kenyataan bersama, empat Datuk Undang Yang Empat, bersama Tunku Besar Tampin, merujuk kepada keputusan mereka minggu lalu untuk “memecat” Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

    Mereka mendakwa Menteri Besar Aminuddin Harun tiada pilihan selain mematuhi kuasa mereka yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

    Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan pertikaian besar takhta diraja berlaku apabila para undang luak menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar.

    Walaupun barisan Undang Yang Empat mempunyai kuasa sedemikian, keadaan menjadi rumit apabila salah seorang daripada Undang Yang Empat iaitu Undang Sungei Ujong, Mubarak Dohak diumumkan sudah dipecat.

    Pengumuman itu dibuat oleh Aminuddin yang mendakwa penyingkiran Yang di-Pertuan Besar tidak diiktiraf kerana Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 UUTKNS 1959.

    Bagaimanapun, soal pemecatan Mubarak juga dipertikaikan kerana punca kuasa pemecatan dikatakan adalah tidak sah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah