32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gencatan senjata Iran mungkin dilanjut, Trump tidak terburu-buru

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, "tiada jangka masa" untuk menamatkan peranang AS-Israel dengan Iran.

    "Tiada tekanan masa" terhadap gencatan senjata yang dilanjutkan atau rundingan damai baharu yang belum selesai, kata Trump kepada Fox News, lapor Xinhua.

    "Orang ramai berkata saya mahu menyelesaikannya kerana separuh penggal, tidak benar," dakwa Trump.

    Beliau sebelum ini berkata peranang akan berlangsung empat hingga enam minggu selepas ia bermula pada 28 Feb.

    Pada Selasa, Trump berkata beliau akan melanjutkan gencatan senjata selama dua minggu yang ditetapkan untuk tamat pada malam Rabu.

    Hal itu untuk memberi lebih banyak masa bagi Iran mengemukakan cadangan bersepadu untuk rundingan selanjutnya.

    MENARIK:  Pencarian Tengku Nizaruddin masuk hari ketiga, bomga guna dron

    Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt memberitahu pemberita pada Rabu, Trump belum menetapkan tarikh akhir untuk menerima cadangan Iran.

    "Garis masa akhirnya akan ditentukan oleh ketua komander," katanya.

    Trump mungkin melanjutkan gencatan senjata dengan Iran selama tiga hingga lima hari lagi, media dalam talian AS Axios melaporkan pada Rabu, memetik tiga pegawai AS.

    Komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran Ahmad Vahidi dan timbalannya telah menolak banyak perkara yang dibincangkan oleh perunding Iran sendiri semasa pusingan pertama rundingan AS-Iran di Pakistan awal bulan ini, menurut laporan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah