34 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zakat Selangor: Kes Penyelewengan RM230 Juta Tidak Libatkan Institusi

    Shopee Sale

    Lembaga Zakat Selangor menegaskan bahawa kes penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan siasatan penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan institusi tersebut.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan bahawa kes berkenaan melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya pengurusan zakat di bawah institusi itu.

    Zakat Selangor turut menjelaskan bahawa siasatan masih berjalan dan oleh itu pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut buat masa ini.

    Di bawah sistem pengurusan & pemantauan ketat

    Sebagai institusi zakat rasmi Negeri Selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Zakat Selangor beroperasi dengan sistem tadbir urus yang telah ditetapkan serta tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

    Pengurusan dana zakat di institusi ini juga melalui beberapa peringkat semakan termasuk audit dalaman, audit luaran serta pemantauan pihak berautoriti bagi memastikan setiap dana diurus secara telus dan teratur.

    MENARIK:  Wak Doyok Terkena Santau Angin, Jalani Rawatan Alternatif – ‘Kena Berpantang, Tak Boleh Makan Makanan Bercucuk’

    Dalam masa yang sama, Zakat Selangor menegaskan pendirian mereka yang tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah guna dana zakat.

    Institusi itu juga menekankan bahawa setiap pengurusan dana dilaksanakan mengikut garis panduan serta struktur tadbir urus yang ditetapkan.

    Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi Zakat Selangor bagi mendapatkan maklumat yang sahih serta menunaikan zakat melalui platform yang sah di www.zakatselangor.com.my.

    Pada masa yang sama, orang awam diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes ini kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan memberi kesan kepada kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat.

    The post Zakat Selangor: Kes Penyelewengan RM230 Juta Tidak Libatkan Institusi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah