32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Adik Meninggal Seminggu Sebelum Bertunang & Mak Meninggal 6 Hari Sebelum Saya Bernikah’ – Ubai

    Shopee Sale

    Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi kisah duka yang pernah dilaluinya apabila kehilangan dua insan tersayang dalam hidupnya.

    Artikel Berkaitan: Ubai Mz Impi Bina Rumah Kampung Dengan Laman Luas – ‘Tak Sabar Nak Tunggu Loan Rumah & Kereta Habis Bayar’

    Artikel Berkaitan: Ubai Teruja Lihat Gaya Tudung Shila Amzah Jadi Ikutan Peminat Di China, Seloroh Mahu Buka Bisnes Hijab

    Kehilangan dua insan tersayang

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mengajukan soalan tentang ujian paling berat yang pernah dilalui sehingga membuatkan seseorang itu semakin dekat kepada Allah.

    Apa ujian paling berat yang pernah dekatkan awak dengan Allah?

    Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, yang berkongsi bahawa arwah adiknya telah meninggal dunia di hadapannya kira-kira seminggu sebelum dia melangsungkan pertunangan.

    Tidak lama selepas itu, arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir di hadapannya, hanya enam hari sebelum dia bernikah.

    Arwah adik meninggal depan saya, seminggu sebelum saya bertunang.

    Arwah mak meninggal depan saya, enam hari sebelum saya bernikah.

    Takdir Allah sempurna

    Dalam pada itu, Ubai berkata selepas pemergian kedua insan yang amat disayangi, dia perlu menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupan sehingga ke hari ini.

    Selepas pemergian kedua-dua insan hebat ini, ada ujian yang saya perlu hadapi sehingga hari ini.

    Dalam masa sama, dia meluahkan rasa syukur dan menganggap setiap ujian yang hadir turut disertai dengan rezeki yang Allah kurniakan.

    Apa-apa pun syukur Alhamdulillah, disebalik ujian ada rezeki yang diberikan.

    Takdir Allah itu sempurna, jika satu pintu tertutup pasti dia membuka jalan yang lebih indah untuk kita.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  'Kecantikan Sejati Tidak Bergantung pada Warna Kulit' – Ika Nabella Membongkar Mitos Wanita Obses dengan Kulit Cerah

    The post ‘Adik Meninggal Seminggu Sebelum Bertunang & Mak Meninggal 6 Hari Sebelum Saya Bernikah’ – Ubai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah