Asnida Abdul Daim, anak kepada Allahyarham Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan harta pada tahun 2023.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan kenyataan bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 13 Disember, tiga tahun lalu.
kertas pertuduhan menyatakan bahawa dia telah diserahkan notis SPRM pada 14 November tahun yang sama.
Asnida mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan hakim Rosli Ahmad pagi ini. Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000.
Aset yang didakwa tidak diisytiharkannya ialah pegangan saham dalam lima syarikat, iaitu Amiraz Sdn Bhd, Arida Farms Sdn Bhd, Kangkung Catering Sdn Bhd, Transgrade Sdn Bhd dan Gajah3 Foods Sdn Bhd.
[Berita penuh menyusul]





