27 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar lawat Sabah dua hari bermula hari ini

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di Kota Kinabalu pada 1.45 tengah hari untuk memulakan lawatan dua hari ke Sabah.

    Beliau dijadual menghadiri Dialog Anak Muda bersama Perdana Menteri pada 2 petang di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) Penampang sebelum menghadiri Program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Kampung Duvanson, Putatan.⁠

    Anwar turut dijadual melawat mangsa kebakaran Kampung Petagas pada 4.20 petang sebelum menghadiri Ceramah Perdana dan makan malam bersama masyarakat Cina Kota Kinabalu di Putera Ballroom, Kampung Padang di Kota Kinabalu.

    Beliau kemudian akan menghadiri Ceramah Perdana PM Sayang Sabah DUN Petagas pada 8.30 malam di Hotel Pan Borneo diikuti ceramah sama di DUN Inanam di tapak letak kereta Inanam New Township.

    MENARIK:  PM nasihat lembaga KPF: Pengurusan harus paling cekap

    Esok, Perdana Menteri dijadual mengadakan Program Ramah Mesra bersama pimpinan masyarakat DUN Tulid pada 10.30 pagi di Padang Kampung Menawo Ulu, Tulid, Keningau dan Program Ramah Mesra di DUN Melalap pada 12.20 tengah hari di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Tenom

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala undi awal pada 25 Nov.

    Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah