27 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM nasihat lembaga KPF: Pengurusan harus paling cekap

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) mempunyai pengurusan yang cekap bagi menumpukan kepada aspek kebajikan peneroka serta mengangkat martabat koperasi itu.

    Beliau berkata koperasi ialah satu badan yang sangat penting kepada negara, tetapi kelemahannya kadangkala berpunca daripada pengundian pihak pengurusan yang tidak berkemahiran.

    “Saya nak nasihatkan Lembaga (KPF), pengurusan harus yang paling cekap untuk bantu mengangkat Koperasi Felda.

    "Ini tanggungjawab kita, tak mahu tolak ansur.

    "Dana peringkat awal Koperasi Felda berapa? RM2.5 bilion, kita akan pastikan diurus dengan cekap dan dipantau oleh Lembaga tanpa campur tangan soal pengurusan dana," katanya dalam ucapan bersempena dengan Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang hari ini.

    MENARIK:  17 syarikat bas ekspres ada saman tunggak tertinggi

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan warga peneroka Felda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah