26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar gesa politik matang, utamakan muafakat sempena AGM Umno

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan dan perwakilan Umno agar mengutamakan kesepaduan serta politik matang dalam mendepani landskap politik dan ekonomi negara yang mencabar.

    Katanya kekuatan sebenar sesebuah negara lahir daripada keupayaan untuk bekerja bersama dan mendahulukan kepentingan rakyat mengatasi perbezaan politik.

    "Malaysia memerlukan politik yang matang, berteraskan muafakat, saling menghormati dan keupayaan untuk bekerja bersama demi kestabilan, kemakmuran serta masa depan yang lebih adil dan inklusif buat seluruh rakyat," katanya sempena pembukaan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024.

    MENARIK:  'Anwar mungkin terimbau kenangan bakar buku bila lihat aksi kami'

    Presiden PKR turut menekankan bahawa dalam keadaan semasa, kestabilan negara bergantung kepada iltizam bersama untuk memperkukuh perpaduan.

    Wacana berpaksi rakyat

    Dalam kenyataan di media sosial, Anwar berharap persidangan yang dihadiri ribuan perwakilan dari seluruh negara itu dapat menjadi platform untuk melahirkan idea-idea bernas demi pembangunan negara.

    "Semoga persidangan kali ini berlangsung dengan tertib, penuh wacana yang bernas yang berpaksi pada rakyat, serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional demi sebuah Malaysia yang madani," tambah Anwar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah