32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: Dasar Satu China bukan baru, diamalkan sejak era Razak

    Shopee Sale

    Malaysia kekal dengan Dasar Satu China walaupun menerima kritikan berhubung pendirian itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata dasar berkenaan bukan perkara baharu, sebaliknya telah diamalkan Malaysia sejak era Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

    One China Policy itu sejak Almarhum Tun Abdul Razak. Jadi saya berpendapat dasar itu kekal dan kita amalkan dan tentunya kita cari jalan damai.

    “Itu yang saya bagi contoh kalau di Amerika sejak beratus tahun dulu bila ada American War of Independence, itu dia tidak izinkan perpecahan mana-mana wilayah pun,” kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan TikTok Shop Summit Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

    Anwar dalam satu wawancara dengan Al Jazeera baru-baru ini berkata beliau melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China. “Ia adalah satu China. Ia diterima oleh semua.”

    MENARIK:  Nelayan Melaka berisiko hilang RM12 juta setahun akibat projek SM-WEZ

    Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata Malaysia menghormati pendirian China berhubung isu Taiwan, namun berpendapat penyelesaian secara damai ialah langkah untuk menangani sebarang pertikaian.

    Beliau berkata Dasar Satu China yang diamalkan Malaysia juga selaras dengan persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    “Tentunya kita hormat pendirian negara China, tapi jalur damai (adalah yang) terbaik. Itu yang sekarang dilakukan tapi apakah dasar Malaysia iktiraf? Satu China itu bukan baharu, itu persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

    “Sebab itu, kalau lihat dalam (konteks) negara, China itu hanya satu. Yang satu lagi itu diletakkan entiti Taiwan. Jadi bukan perkara baharu. Cuma cara (yang) ditekan oleh Al-Jazeera itu mungkin menimbulkan satu reaksi yang negatif,” kata beliau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah