28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bukan Sekadar Menyibuk, SJPP Bukti Sifat ‘Kepoh’ Rakyat Malaysia Sebenarnya Tanda Prihatin

    Shopee Sale

    Korang pernah tak berdepan dengan situasi di mana orang sekeliling asyik bertanya pasal perniagaan atau kehidupan korang? Kadang-kadang rasa macam ‘rimas’ kan bila ada yang suka nak tahu serba-serbi?

    Tapi korang pernah terfikir tak, dalam masyarakat kita di Malaysia ni, sifat ‘kepoh’ tu sebenarnya bukanlah sebab nak menyibuk semata-mata, tapi petanda yang orang sekeliling sebenarnya prihatin dan ambil berat?

    Haa… Mesej penuh bermakna inilah yang diangkat oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) menerusi pelancaran kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 mereka bertajuk Kisah ‘Kepoh Bisnes’!

    Pelakon Aishah Azman jadi usahawan yang hampir kena scam!

    Sempena kempen tahun ini, SJPP telah menampilkan pelakon berbakat, Aishah Azman yang memegang watak sebagai Aishah selaku seorang usahawan muda yang gigih mengusahakan perniagaan homestay.

    Ceritanya bermula bila bisnes Aishah berkembang cepat sangat sampai dia mula pusing kepala berdepan pelbagai cabaran. Mana nak layan komen dari pelanggan, tempahan bertindih, masalah sistem lagi… sehingga serabut dibuatnya!

    Lebih memeningkan Aisyah, beliau dikelilingi dua orang jiran yang memang terkenal dengan sifat ‘kepoh’ dan asyik nak tahu perkembangan bisnesnya.

    Kemuncak drama ini berlaku apabila Aishah yang tengah terdesak hampir-hampir terperangkap dengan tawaran pembiayaan perniagaan tidak sah daripada scammer!

    Siapa sangka, dua jiran ‘kepoh’ tadi tulah yang tampil sebagai hero! Merekalah yang cepat-cepat selamatkan Aishah daripada jadi mangsa penipuan dengan memperkenalkan SJPP serta skim jaminan pembiayaan kerajaan yang sah dan selamat.

    Plot twist yang memang ‘relatable’ giler dengan budaya masyarakat kita kan?

    Tukar persepsi ‘kepoh’ jadi sesuatu yang positif!

    Menurut Pegawai Utama SJPP, Puan Juanita Rusmini Abdul Jalil, kempen kali ini membawa tema ‘Malaysia Kita, Impian Bersama’ yang mengingatkan kita bahawa kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya bergantung kepada duit semata-mata, tapi juga sokongan moral dan kebersamaan orang sekeliling.

    “Di SJPP, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah perniagaan turut didorong oleh kepercayaan dan sokongan daripada orang yang berada di sekeliling kita.

    “Menerusi Kisah ‘Kepoh Bisnes’, kami mahu meraikan satu sifat unik rakyat Malaysia yang mencerminkan semangat untuk sentiasa mengambil berat antara satu sama lain, di samping memperkukuh komitmen SJPP dalam membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan untuk merealisasikan aspirasi mereka.”

    Beliau turut menambah, apabila rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang saling berganding bahu, lebih banyak peluang dapat dibuka untuk membina perniagaan yang lebih kukuh dan masa depan yang lebih cerah.

    MENARIK:  Amylea Azizan Sudah ‘Move On’, Buka Mulut Isu Cerai – ‘Dia Belum Bersedia Jadi Suami’

    Dapatkan pembiayaan sah melalui SJPP, elak terjerat dengan scammer!

    Di sebalik jalan cerita yang santai, melucukan dan menghiburkan, filem pendek Kisah ‘Kepoh Bisnes’ ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada semua usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di luar sana tentang pentingnya mendapatkan pembiayaan daripada saluran yang betul dan dipercayai.

    Untuk pengetahuan korang, SJPP merupakan syarikat milik sepenuhnya Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd.

    SJPP berperanan memudah cara akses pembiayaan kepada PKS tempatan menerusi skim jaminan kerajaan dengan kerjasama institusi-institusi kewangan terpilih.

    Jadi, lepas ni usahawan PKS tak perlu risau atau terdesak sampai pinjam daripada pinjaman tidak sah tau!

    Ada peraduan dan hadiah menarik menanti korang!

    Kempen yang dilancarkan secara rasmi pada 14 Ogos 2026 ini akan berlangsung sepanjang musim sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

    Bukan itu sahaja, SJPP juga akan mengadakan beberapa peraduan media sosial khas buat rakyat Malaysia! Korang berpeluang untuk berkongsi cerita menarik korang sendiri tentang kisah sokongan serta keprihatinan orang sekeliling dan memenangi pelbagai hadiah menarik. Best kan?

    Tonton video penuh sekarang!

    Teruja nak tengok macam mana dua jiran ‘kepoh’ tu selamatkan Aishah daripada kena scam? Korang boleh tonton video penuh Kisah ‘Kepoh Bisnes’ di platform rasmi SJPP sekarang menerusi YouTube dan juga TikTok.

    Ingat guys, bila ada insan di sekeliling yang ambil tahu tentang impian kita, itu tanda mereka peduli. Kerana di Malaysia, Malaysia Kita, Impian Bersama!

    The post Bukan Sekadar Menyibuk, SJPP Bukti Sifat ‘Kepoh’ Rakyat Malaysia Sebenarnya Tanda Prihatin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah