Selepas hampir 7 tahun ‘berehat’, pelakon Farah Nabilah akhirnya kembali ke dunia lakonan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Pertaruh Shahz Jaszle & Farah Nabilah, Yakin ‘Sepenuh Hati Rindu’ Bakal Meledak
Artikel Berkaitan: Teruja ‘Comeback’ Di Set Penggambaran, Farah Nabilah Tunggu Anak Besar – ‘Seronok Berlakon Tapi Hati Tetap Di Rumah’
Farah Nabila kembali berlakon

Ketika ditemui , Farah Nabila Saipuddin berkata, sepanjang tempoh tersebut dia sebenarnya tidak pernah berhenti berlakon, sebaliknya memilih untuk berehat dan memberi tumpuan kepada keluarga.
Dalam masa tujuh tahun itu, banyak tawaran yang saya terima, cuma tidak ada cerita yang betul-betul berbaloi untuk saya tinggalkan anak. Ramai ingat saya sudah berhenti berlakon. Saya tidak berhenti tetapi hanya berehat.
Saya terima tawaran ini kerana tidak pernah membawakan watak seperti ini. Untuk buat comeback, saya mahukan watak tidak pernah ditonton oleh peminat.
Sekarang saya sudah kembali dan berbeza daripada dulu. Kini saya lebih matang dan banyak pengalaman dalam hidup membuatkan ia lebih mudah untuk saya membawa sebarang karakter.
Farah berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Sepenuh Hati Rindu yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mengulas mengenai keputusannya untuk kembali aktif di layar televisyen, Farah berkata keputusan tersebut didorong oleh beberapa faktor, termasuk anak-anak yang semakin membesar serta sokongan daripada suaminya.
Pertama kerana anak-anak sudah besar. Kalau apa-apa berlaku, mereka sudah boleh bercakap dan berkomunikasi dengan kita. Kedua, suami saya juga banyak memberi dorongan.
Dalam pada itu, Farah berkata suaminya, Mohammed Amirul Yunus, turut menetapkan beberapa syarat sebelum dia menerima tawaran untuk membintangi sesebuah naskhah.
Syaratnya tak boleh berpegangan (dengan lelaki). Bagi saya babak romantis boleh saja menjadi tanpa sentuhan, kalau betul betul menghayati watak dan lontarkan dialog.
Karakter yang dibawa pun mungkin menjadi seorang ibu dan bukannya penyondol. Sebenarnya suami pun tak beri saya berlakon watak antagonis.
Katanya anak-anak tengok TV, nanti mereka tak boleh bezakan antara lakonan dan realiti. Kalau watak antagonis kan negatif, saya cuba elak. Ada saja tawaran tetapi wataknya terlalu jahat. Ia sudah bercanggah dengan prinsip saya.
Untuk rekod, Farah mendirikah rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Andre Omar, 6, dan Yusuf Gibran, 4 tahun.
Dalam perkembangan lain, Farah bakal membintangi drama Sepenuh Hati Rindu yang bakal ditayangkan bermula 27 Oktober depan di TV3.
The post [VIDEO] Farah Nabilah Kembali Berlakon Selepas 7 Tahun – ‘Tak Boleh Babak Bersentuhan Dengan Lelaki & Bukan Watak Penyondol’ first appeared on OHBULAN!.





