28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Dulu Dapat RM1 Juta Terus Nak Berbelanja, Aeril Zafrel Kini Lebih Risau Nak Bayar Gaji 50 Pekerja

    Shopee Sale

    Semakin matang dalam menguruskan kehidupan dan perniagaan, pelakon serta usahawan Aeril Zafrel mengakui definisi kejayaan baginya hari ini sudah jauh berbeza berbanding ketika baru mula mencipta nama dalam dunia perniagaan.

    Jika dahulu kejayaan sering dikaitkan dengan kemampuan memiliki barangan mewah, kini Aeril lebih selesa meletakkan fokus kepada kestabilan kewangan, pelaburan jangka panjang serta kelangsungan syarikat yang dibinanya.

    Artikel Berkaitan: Daripada Selebriti Kini Bergelar Usahawan, Adakah Dunia Hiburan Tidak Lagi Menjamin Pendapatan?

    Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Kongsi Kos Perkahwinan RM5,500, Netizen Komen – ‘Bukti Kahwin Simple Tapi Sekarang Hidup Berjaya’

    Duit Keluar, Biar Ada Nilai Pada Masa Depan

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA, Aeril berkongsi bagaimana pengalaman mengubah cara dia melihat wang, kemewahan dan tanggungjawab sebagai seorang usahawan yang mempunyai puluhan pekerja di bawah naungannya.

    Pernah melalui fasa mahu menunjukkan kejayaan menerusi barangan mewah, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengakui perspektifnya terhadap wang kini sudah banyak berubah.

    Menurut Aeril, ketika pertama kali berjaya memperoleh RM1 juta menerusi perniagaan, keterujaan untuk membeli pelbagai barangan sebagai simbol kejayaan memang pernah dirasainya.

    Dulu, awal-awal berniaga berjaya dapat RM1 juta yang pertama. Sudah tentu dalam fikiran nak beli macam-macam, nak tunjuk dekat orang yang kita berjaya.

    Sekarang ini, saya bukan lagi di fasa itu. Saya rasa saya dah tak perlu nak beli apa-apa barangan mewah lagi untuk membuktikan yang ‘oh aku dah berduit, beli kereta mewah untuk tunjukkan aku orang kaya’.

    Bagi Aeril, keutamaannya kini lebih terarah kepada perbelanjaan yang mampu memberikan pulangan atau mempunyai nilai dalam jangka panjang.

    Saya di fasa kalau keluar duit itu, sekurang-kurangnya duit itu akan berkembang di kemudian hari. Contohnya saya beli kebun, masa akan datang nanti mungkin boleh jual balik.

    Beli Barangan Mewah Hak Masing-Masing

    Dalam masa sama, Aeril tidak melihat tindakan seseorang menghadiahkan diri dengan barangan mewah selepas berjaya dalam perniagaan sebagai sesuatu yang salah.

    MENARIK:  Tyzo Xander Melangkah ke Arah Baru sebagai Penyampai Radio IKIMfm, Dijangka Menunjukkan Sisi yang Berbeza

    Sebaliknya, dia memahami perkara tersebut mungkin menjadi sebahagian daripada proses yang perlu dilalui oleh setiap individu.

    Saya tak pernah halang orang untuk membeli, contohnya bila dia maju dalam bisnes. Itu adalah fasa untuk mereka mencuba.

    Kadang-kadang mereka fikir selagi tak berbelanja, mereka rasa rugi kalau tak beli.

    Barangan Mewah Akhirnya Tersusun Dalam Almari

    Pengalaman sendiri bagaimanapun membuatkan Aeril sedar bahawa kepuasan memiliki barangan mahal tidak semestinya berkekalan.

    Macam itu juga dengan barangan mewah. Dulu tak fikir, main beli saja. Akhirnya semua tinggal tersusun dalam almari dan perasaan menyesal itu akan datang dengan sendirinya.

    Mostly kawan-kawan saya pun fikir perkara sama. Semuanya rasa perkara itu bukan keinginan lagi.

    50 Pekerja Jadi Keutamaan

    Kini, antara perkara terbesar yang difikirkan Aeril bukan lagi soal memenuhi kehendak peribadi, sebaliknya memastikan perniagaan yang dibina mampu terus bertahan dan menjaga kebajikan pekerjanya.

    Saya ada dekat 50 orang staf. Jadi macam mana saya nak konsisten untuk bayar gaji mereka dan survive dengan syarikat saya. Itu keutamaan saya.

    Buat Aeril, ukuran kejayaan hari ini ternyata sudah berubah. Daripada mengejar sesuatu untuk dilihat orang, fokusnya kini lebih kepada memastikan setiap keputusan kewangan mempunyai nilai serta mampu menjamin kelangsungan syarikat dan individu yang bergantung kepadanya.

    The post POV XTRA: Dulu Dapat RM1 Juta Terus Nak Berbelanja, Aeril Zafrel Kini Lebih Risau Nak Bayar Gaji 50 Pekerja first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah