32.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno gesa kerajaan perpaduan tumpu tunai janji manifesto

    Shopee Sale

    Umno hari ini menggesa kerajaan perpaduan memberi tumpuan kepada usaha menunaikan komitmen kepada rakyat dalam baki tempoh parlimen ke-15.

    Ketua Penerangannya, Azalina Othman berkata perkara itu termasuk janji yang dibuat oleh setiap gabungan politik dalam manifesto PRU15 masing-masing.

    "Lanjutan daripada itu, Kerajaan Perpaduan sepatutnya meneruskan pelaksanaan komitmen kepada rakyat dalam baki masa Parlimen ke-15 , sepertimana yang dijanji dalam manifesto blok politik masing-masing pada PRU15 yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Gesaan Azalina itu selari dengan desakan supaya kerajaan menggunakan tempoh masa yang ada untuk menunaikan janji pilihan raya.

    Dalam menisfesto sebelum ini, BN berjanji bahawa calon Ketua Pesuruhjaya SPRM, Gabenor Bank Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sekiranya menjadi kerajaan.

    PH pula mencadangkan proses penelitian secara bipartisan di Parlimen terhadap calon bagi jawatan pendakwa raya, jawatan tertinggi SPRM dan SPR serta Ketua Polis Negara.

    Nafi Umno khianati PKR

    Dalam pada itu, Azalina menafikan dakwaan bahawa Umno telah ‘mengkhianati’ PKR dalam pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan.

    "Dakwaan sedemikian perlu dinilai secara tenang, bertanggungjawab dan berdasarkan fakta.

    "Malaysia ialah sebuah Persekutuan. Kerjasama politik di peringkat negeri tidak semestinya perlu menyalin hasil formula gabungan politik yang sama di peringkat Persekutuan,” katanya.

    Tegasnya, setiap negeri mempunyai mandat dan realiti politiknya yang tersendiri dan akhirnya, rakyat di peringkat negeri juga mempunyai aspirasi masing-masing dan berhak menentukan wakil serta kerajaan pilihan mereka.

    MENARIK:  Rafizi kini bergelar datuk seri

    "Oleh itu, perbezaan strategi atau kerjasama dalam sesuatu pilihan raya negeri tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa Perjanjian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan telah dilanggar,” ujarnya.

    Azalina turut menegaskan bahawa Umno kekal komited terhadap kestabilan Kerajaan Persekutuan dan akan terus menghormati perjanjian yang telah dimeterai.

    "Sebarang perbezaan yang wujud di peringkat Persekutuan perlu diurus secara matang agar tidak menjejaskan pentadbiran dan keyakinan rakyat.

    "Keutamaan kita mestilah memastikan Kerajaan Persekutuan terus stabil, agenda reformasi dilaksanakan dan kesejahteraan rakyat sentiasa didahulukan sehingga ke penghujung penggal," katanya.

    BN sebelum ini membuat keputusan menentang PH dan gabungan lain dalam pilihan raya negeri Johor sebelum menjalinkan kerjasama dengan PN dalam PRN Negeri Sembilan.

    Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai hala tuju kerjasama antara BN dan PH di peringkat negeri, meskipun kedua-dua gabungan itu masih bersama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah