28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Riezman Khuzaimi Nasihat Artis Elak Budaya Komen Negatif – ‘Setiap Hari Live, Saya Akan Ingatkan Pengikut’

    Shopee Sale

    Pelakon Riezman Khuzaimi berharap golongan artis dan selebriti dapat memainkan peranan sebagai contoh yang baik kepada masyarakat, khususnya dalam cara mereka berkomunikasi di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Mat Rempit Jadi Doktor & Peguam, Jangan Label Mereka Gelap Masa Depan’ – Riezman Khuzaimi

    Artikel Berkaitan: Riezman Khuzaimi Dedah Pernah Ditawar RM150 Sehari Untuk Berlakon – ‘Selepas 30 Tahun, Saya Rasa Terhina’

    Riezman Khuzaimi guna pengaruh

    Menurutnya, setiap perkongsian dan pandangan yang disampaikan figura awam mempunyai pengaruh terhadap pengikut, justeru penggunaan platform digital perlu disertai dengan sikap lebih bertanggungjawab.

    Riezman, 56, berkata, selebriti bukan sahaja mempunyai ruang untuk bersuara, malah boleh menggunakan pengaruh dimiliki bagi membentuk masyarakat supaya lebih berhemah ketika meninggalkan komen di media sosial.

    Bukan soal artis mengecam atau mengutuk artis lain. Sebenarnya, semua masyarakat Malaysia, khasnya kita, perlu mengelakkan daripada memberikan komen yang negatif kerana ia boleh memberi impak.

    Apabila seseorang memberikan komen, kita sebagai manusia secara automatik tidak tahu cerita sebenar, tetapi terus mengiyakan dan menambah cerita sehingga perkara itu menjadi sesuatu yang tidak sihat.

    Baginya, budaya memberikan komen secara melulu boleh menjadi lebih buruk apabila sesuatu perkara yang belum diketahui kesahihannya terus disokong atau ditokok tambah oleh pengguna media sosial.

    Sehubungan itu, Riezman mengajak rakan-rakan dalam industri seni supaya bersama-sama menunjukkan penggunaan media sosial yang lebih positif dan tidak menjadikan platform berkenaan sebagai ruang untuk menjatuhkan individu lain.

    Sebagai seorang tokoh awam, selebriti dan artis, suara kita didengar oleh masyarakat Malaysia. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan rakan-rakan artis lain supaya kita menjadi ikon kepada masyarakat.

    Perkara ini sebenarnya bukan sesuatu yang boleh terus dihalang, tetapi perlu dididik. Kita mendidik pengikut kita supaya mengelakkan komen-komen negatif.

    Tambahnya, perubahan terhadap cara pengikut berinteraksi di media sosial memerlukan proses berterusan dan tidak boleh diharapkan berlaku serta-merta.

    Riezman percaya nasihat yang disampaikan secara konsisten mampu membentuk kesedaran dalam kalangan pengikut tanpa perlu menggunakan pendekatan menghukum.

    Kalau tidak percaya, lihat sahaja siaran langsung saya. Setiap hari saya bersiaran langsung dan di hujung siaran, mesti saya akan ingatkan pengikut supaya elakkan komen-komen negatif.

    Kalau perkara itu selalu disampaikan, lama-kelamaan mereka akan berubah. Itu adalah mendidik, bukan menghukum.

    Perkara ini kita tidak boleh terus halang. Kalau kita sebagai artis dan selebriti boleh menunjukkan contoh yang baik, pengikut kita juga akan belajar untuk tidak terus menghukum atau membuat kesimpulan hanya berdasarkan apa yang mereka baca di media sosial.

    Riezman ditemui pada Sidang Media KamiSempoi Golden Award 2025 yang berlangsung di ibu negara, pada Selasa.

    MENARIK:  Insomniacks Menyokong Peminat Dengan Lagu-lagu Terbaru

    KamiSempoi Golden Award 2025 anjuran KamiSempoi International Agency (KSI), kembali buat tahun keempat pada 28 Ogos ini bagi mengiktiraf, menghargai dan meraikan pencapaian para pencipta kandungan digital serta hos TikTok Live dari seluruh negara.

    Penganjuran tahun ini menyaksikan sebanyak 21 kategori pengiktirafan disediakan bagi meraikan pencapaian pelbagai pihak dalam ekosistem KamiSempoi termasuk 13 kategori Live Host, tiga kategori Sub Agency, satu kategori Gifter, satu kategori Main Sponsor serta kategori Top Host Malaysia, Top Host Singapura dan Top Host Indonesia.

    ‘Mahu hargai usaha’ – Pakcik Chin Swee

    Sementara itu, menurut Pakcik Chin Swee, CEO KamiSempoi International Agency (KSIA) dan Live Host TikTok, penganjuran KamiSempoi Golden Award 2025 bukan sekadar acara untuk memberikan pengiktirafan, tetapi menjadi platform bagi meraikan usaha dan pencapaian semua pihak yang bersama-sama membangunkan ekosistem KSIA.

    KamiSempoi Golden Award, kita adakan untuk menghargai semua pihak dalam platform kami. Bukan sahaja live host, tetapi juga sub-agency, gifter dan rakan penaja yang memainkan peranan masing-masing.”

    Kami mahu mereka tahu bahawa kerja keras dan pencapaian mereka dihargai. Pada masa sama, anugerah ini juga menjadi motivasi kepada lebih ramai live host untuk meningkatkan prestasi mereka.

    Selain meraikan pencapaian komuniti KSIA, KamiSempoi Golden Award 2025 turut bakal menyaksikan pelancaran KamiSempoi Premier Academy, sebuah akademi yang ditubuhkan khusus bagi melatih dan membangunkan generasi baharu profesional live streamer.

    The post Riezman Khuzaimi Nasihat Artis Elak Budaya Komen Negatif – ‘Setiap Hari Live, Saya Akan Ingatkan Pengikut’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah