28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Suka Duit, Jadi Saya Tak Pilih Watak, Asalkan Job Itu Sesuai’ – Shahz Jaszle

    Shopee Sale

    Pelakon Shahz Jaszle mengakui dirinya seorang yang ‘workaholic’, malah akan memenuhi jadual hariannya dengan pelbagai aktiviti berkaitan pekerjaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Pertaruh Shahz Jaszle & Farah Nabilah, Yakin ‘Sepenuh Hati Rindu’ Bakal Meledak

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Lepak Di Lokasi Penggambaran, Saya Akan Bawa Isteri & Anak-Anak Sekali’ – Shahz Jaszle

    Shahz Jaszle tak pilih job

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 38, berkata dia perlu bekerja dengan lebih keras bagi memastikan segala tanggungjawab serta komitmennya sebagai suami dan bapa dapat dipenuhi dengan baik.

    Saya suka duit, jadi saya ambil sahaja ‘job’ (yang dapat). Saya siap cakap dengan pengurus, penuhkan sahaja jadual sebab saya memang kena ada duit.

    Saya tidak pilih watak dan akan terima sahaja kalau sesuai. Bagi saya, asalkan dapat berlakon okay sahaja kerana ada ‘job’, itu yang penting.

    Lagi pula bila dah kahwin dan ada anak, yang penting komitmen bulanan itu nak kena kejar. Jadi, saya cakap dengan dia (pengurus), beritahu saya memang perlu duit, anak-anak saya pun suka meminta untuk beli apa dia nak. Jadi, saya kena belikan.

    Shahz berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi drama Sepenuh Hati Rindu di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  Skuad #SimpanBaikBaik KWSP Ajak Menyimpan Dengan Cara Santai!

    Mengulas lanjut, pelakon drama Jiwa Seorang Pentaksub itu tidak menafikan dirinya pernah berasa penat hingga terdetik untuk berehat seketika daripada dunia lakonan. 

    Namun, hasrat tersebut tidak bertahan lama apabila dia mula merindui suasana bekerja dan kembali aktif berlakon.

    Penat itu sebenarnya saya sendiri pun pernah cuba cakap dengan pengurus, saya nak ‘break’ sekejap. Tapi tiga hari sahaja, selepas itu saya call dia (pengurus) balik tanya tak ada ‘job’ ke?

    Jadi, saya rasa memang tak boleh kalau tiada bekerja. Bagaimanapun, tawaran diterima itu mesti berbaloi. Nak kena ada ‘feel’ juga. Apapun, saya juga ada perniagaan diuruskan sebagai ‘side income’.

    Dalam perkembangan lain, Shahz bakal membintangi drama Sepenuh Hati Rindu yang bakal ditayangkan di TV3, tidak lama lagi.

    Selain Shahz, drama tersebut turut menampilkan Farah Nabilah dan Razzuan Rosli.

    The post ‘Saya Suka Duit, Jadi Saya Tak Pilih Watak, Asalkan Job Itu Sesuai’ – Shahz Jaszle first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah