Kalau selama ni korang masak sebab nak kenyangkan perut keluarga je, kali ni hasil air tangan korang mungkin boleh bawa kepada pengalaman yang memang berbaloi!
BABA’S kini tampil dengan Peraduan Karok Dapur BABA’S, di mana korang bukan sekadar masak dan kongsi hasil masakan, tapi juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM2,500 serta sesi memasak secara one-to-one serta meet & greet bersama selebriti Karok Dapur BABA’S.
Nak join macam mana? Mudah je!
Tak perlu jadi chef profesional pun. Yang penting, korang suka memasak dan berani kongsi hasil air tangan sendiri.
Cara nak sertai:
- Beli Serbuk Kari Daging atau Serbuk Kari Ikan BABA’S dengan jumlah pembelian minimum RM10 dalam satu resit.
- Masak hidangan kari korang menggunakan resipi yang paling kreatif.
- Post gambar atau video hidangan di TikTok atau Instagram. Kemudian, tag akaun rasmi BABA’S serta guna hashtag #BabasRencahHidupku #KarokDapurBabas
- Upload gambar hidangan akhir korang di ruangan komen posting Peraduan Karok Dapur BABA’S di TikTok OhBulan.
- Isi Google Form melalui pautan di bio TikTok OhBulan: dan jangan lupa muat naik resit pembelian.
Lebih menarik, 2 pemenang bertuah akan dipilih untuk menikmati pengalaman memasak bersama selebriti tau!
Memang pengalaman yang bukan selalu orang dapat!
Tak pandai masak? BABA’S tolong mudahkan…

Selain itu, kalau korang baru nak belajar memasak pun jangan risau. BABA’S memang sesuai untuk beginner sebab tak perlu pening nak fikir sukatan rempah.
Nak masak kari ayam? Kari ikan? Kari kambing? Semua boleh!
Malah, setiap pek Serbuk Kari Daging dan Serbuk Kari Ikan BABA’S didatangkan dengan QR Code di belakang pembungkus. Scan je, terus boleh ikut resipi langkah demi langkah.
Jadi, kalau nak lagi banyak idea, korang juga boleh layan pelbagai video resipi dekat YouTube BABA’S. Memang sesuai untuk yang selalu blur nak masak apa hari ni.
Jenama yang membesar bersama ramai rakyat Malaysia!
Percaya atau tak, ramai antara kita sebenarnya dah membesar dengan aroma kari BABA’S.
Dulu mak atau nenek yang masak guna BABA’S, sekarang giliran kita pula ambil alih dapur. Walaupun hampir 50 tahun berada di dapur rakyat Malaysia, BABA’S masih kekal relevan dan terus jadi pilihan ramai.
Bukan sebab nostalgia semata-mata, tapi sebab kualiti yang memang konsisten dari dulu sampai sekarang.
Nak beli produk BABA’S pun dah mudah, boleh beli terus secara online
Kalau stok dekat rumah dah habis, tak perlu tunggu pergi pasar raya.
Sekarang korang boleh beli terus melalui http://www.babas.com.my. Lagi cepat, lagi mudah dan semuanya boleh dibuat dari rumah.
Jom tunjuk skill dapur korang!
Kalau selama ni orang rumah je yang puji masakan korang, apa kata kali ni kongsi pula dengan seluruh rakyat Malaysia.
Mana tahu, hidangan kari yang korang masak tu jadi tiket untuk menikmati pengalaman memasak bersama selebriti!
Jadi, beli Serbuk Kari Daging atau Serbuk Kari Ikan BABA’S dengan jumlah pembelian minimum RM10, simpan resit pembelian dan masak hidangan terbaik korang dan sertai Karok Dapur BABA’S sekarang.
Untuk maklumat lanjut atau membeli produk BABA’S, layari http://www.babas.com.my.
The post Peraduan Karok Dapur BABA’S Dah Bermula! Masak & Menang RM2,500 Tunai! first appeared on OHBULAN!.





