26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anda sentuh, anda pergi, kata Fadhlina

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi dengan sebarang kesalahan oleh warga pendidik di negara ini khususnya kesalahan seksual, kata menterinya Fadhlina Sidek.

    Beliau ketika dirujuk mengenai kes seorang guru lelaki di Johor yang ditahan polis selepas disyaki melakukan kesalahan berkaitan seksual baru-baru ini berkata, semua siasatan akan dijalankan mengikut prosedur ditetapkan KPM.

    “Siasatan sedang kita laksanakan, tapi saya ulang dengan tegas bahawa kita tidak kompromi apa sahaja kesalahan khususnya seksual.

    “Anda sentuh, anda pergi seperti yang selalu saya sebut. Kita akan siasat secara menyeluruh dan berpegang kepada garis panduan dan peraturan.

    “Penegasan telah dibuat berulang kali dan kita akan teruskan penegasan itu dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Smartbord dan Pengisytiharaan Pencapaian 100 peratus Penajaan Smartboard Sekolah-Sekolah di Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas, di George Town hari ini.

    MENARIK:  Isteri dan anak pemandu alza stabil, dirawat di Hospital Baling

    Beliau berkata KPM juga memberi ruang kepada polis untuk melakukan siasatan penuh terhadap guru lelaki itu.

    Rabu lepas, polis mengesahkan penahanan seorang guru lelaki berusia 32 tahun yang disyaki berkelakuan tidak senonoh dan menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja, selain turut didakwa pernah berkelakuan intim dengan beberapa pelajar perempuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah