30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Azam ahli lembaga NFCC hingga 2027, melainkan Agong tamatkan awal’

    Shopee Sale

    Keanggotaan Azam Baki dalam Lembaga Penasihat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) hanya akan tamat pada tahun depan, kata ketua pengarahnya Shamshun Baharin Mohd Jamil.

    Katanya, Azam dilantik bagi tempoh tiga tahun mulai 20 September 2024 hingga 19 September 2027.

    “Pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti individu dengan perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” kata Shamshun Baharin.

    MENARIK:  DAP tak perlu jadi 'jambatan' isu ceroboh tanah Raub - Bersatu

    “Oleh itu, keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat kepada jawatan ketua pesuruhjaya SPRM dan kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan, melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong.

    Dalam kenyataan pagi ini, Shamshun Baharin justeru berkata kehadiran Azam dalam mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lalu selaras dengan akta kerana dia merupakan anggota yang sah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah