30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal nafi peranannya dikurangkan dalam PRK Mahkota

    Shopee Sale

    PRK MAHKOTA | Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan yang perananannya dalam kempen PRK ini dikurangkan ekoran isu pensijilan halal.

    Menurut Free Malaysia Today, Akmal berkata dia berulang alik dari Merlimau ke Mahkota sejak 7 September lalu bagi memastikan kempen BN berjalan lancar.

    “Tak ada langsung istilah perananan dikurangkan…malah tiada arahan apa pun. Saya sendiri berada di sini (Mahkota) sejak 7 Sept dan balik sekejap-sekejap ke Merlimau, kemudian datang semula ke sini.

    “Tiada pun diminta tak turun ke apa…memang tak ada sebab saya berada di Mahkota sekarang, hampir setiap hari saya berulang-alik memastikan kempen bergerak lancar,” katanya seperti dipetik.

    Akmal berkata isu yang timbul antara dirinya dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak perlu dipolitikkan di Mahkota memandangkan bukan dia yang bertanding di situ.

    Pada Selasa lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Maslan menafikan Akmal diberikan perananan lebih kecil dalam PRK itu, walaupun calon BN adalah daripada sayap Pemuda.

    MENARIK:  Perkhidmatan agensi mohon visa bagi pekerja Bangladesh ditamatkan

    Ahmad berkata pertembungan antara Akmal dan Kok bersifat peribadi dan tidak membabitkan Umno dan DAP.

    Kenyataan Ahmad itu bagi mengulas laporan Free Malaysia Today yang memetik seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan, yang berkata perananan Akmal dalam PRK Mahkota dikurangkan bagi mengelakkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengundi Cina.

    Orang Cina merangkumi 35 peratus pengundi di DUN Mahkota.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah