29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan – RPO

    Shopee Sale

    Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) mengesan satu akaun video palsu di Facebook yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

    Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

    Menurut RPO, video berkenaan disebarkan menerusi platform Facebook dengan menampilkan suara Seri Paduka Baginda, kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.

    MENARIK:  Syed Abu Hussin: 5 MP Bersatu memang masih setia, tapi dah tak selesa

    “Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu seperti ini yang sering digunakan oleh sindiket penipuan di Facebook serta platform media sosial lain,” menurut hantaran itu.

    RPO turut menegaskan bahawa bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

    “Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat, mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah