33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ahmad Fahmi kekal presiden Abim

    Shopee Sale

    Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin kekal menerajui pertubuhan belia itu bagi penggal kedua sesi 2025-2027.

    Setiausaha Agung ABIM Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri berkata pelantikan itu diumumkan pada Muktamar Belia Islam yang ke-54 yang diadakan di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), kelmarin.

    Beliau berkata Timbalan Presiden disandang oleh Mohamad Saifuddin Abdul Latiff yang sebelum ini merupakan Yang Dipertua ABIM Perak, menggantikan Dr Mohd Faridh Hafez Mhd Omar.

    "Lima jawatan Naib Presiden diisi oleh Muhammad Aliemran Norasid, Dr Fatin Nur Majdina Nordin, Adli Zakuan Zairakithnaini, Dr Mohamad Haeqal Ishak dan Salman Mohd Yusop," katanya dalam kenyataan semalam.

    MENARIK:  Latheefa kecam lantikan Terrirudin sebagai ahli JAC

    Beliau turut memaklumkan jawatan Penolong Setiausaha Agung disandang oleh Muhammad Dzul Aiman Zulkefly manakala Setiausaha Kewangan oleh Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim.

    “Muktamar ini menandakan satu titik perubahan strategik dalam hala tuju gerakan ABIM sebagai wadah kepimpinan belia Islam, lebih-lebih lagi dalam konteks zaman Gen Z dan cabaran masa depan dunia pascanormal,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah