27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Agong, Sultan sertai umat Islam solat sunat Aidilfitri

    Shopee Sale

    Umat Islam di negara ini menyambut ketibaan 1 Syawal dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara dalam suasana penuh kesyukuran dan kemeriahan.

    Dari Masjid Negara di ibu negara sehingga ke surau dan masjid di kawasan pedalaman, umat Islam tidak melepaskan peluang membanjiri rumah ibadat itu seawal 7 pagi bagi melaungkan takbir bersama-sama sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah raya.

    Di ibu negara, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan.

    Ini kali pertama Sultan Ibrahim menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan tahun lepas.

    Di PERLIS, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 2,000 jemaah di Dataran Istiadat Istana Arau yang diimamkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor.

    MENARIK:  Pemuda Umno mahu semua sekolah dilarang jadi tempat hidang arak

    Turut berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, anakanda-anakanda baginda berdua selain Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

    Di KEDAH, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir yang bermula pada 9 pagi dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir Sheikh Mohd Naim Ahmad.

    Turut bersama lebih 2,000 jemaah ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama barisan exco kerajaan negeri.

    Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.

    Sebaik selesai menunaikan solat sunat berkenaan, baginda menziarahi makan ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah di Makam Diraja.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah