Selepas berarak dari pusat beli belah Sogo ke Dataran Merdeka tanpa halangan, penganjur perhimpunan antirasuah menggesa kerajaan melaksanakan tiga pembaharuan bagi membendung rasuah.
Bercakap pada sidang media, Setiausaha Sekretariat Rakyat Benci Rasuah Zaim Zulkifli berkata tiga tuntutan tersebut adalah Pemisahan Jabatan Peguam Negara daripada Pejabat Perdana Menteri, bebaskan SPRM daripada cabang eksekutif dan Penubuhan Akta Pembiayaan Politik.
Zaim berkata pembaharuan itu, jika dilaksanakan, akan membuktikan komitmen kerajaan terhadap ketelusan.
Terdahulu, kira-kira 200 penunjuk perasaan berarak sejauh lebih satu kilometer bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kes rasuah di negara ini.
[Laporan lanjut menyusul]





