Adun Mahkota, Johor Sharifah Azizah Syed Zain, 63, dilaporkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang, akibat pendarahan dalaman.
Berita Harian memetik Ketua Wanita Umno Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah, sebagai berkata dia dimaklumkan mengenai keadaan Sharifah Azizah itu oleh beberapa Wanita Umno Johor, pagi tadi.
"Ya, betul. Keadaan Datuk Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal akibat pendarahan dalaman.
"Saya dan beberapa ahli Wanita Umno Batu Pahat akan segera ke Hospital Kluang petang ini bagi menziarahi beliau," katanya yang dipetik akhbar itu.
Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita Umno Kluang adalah bekas Ketua Wanita Umno Johor.
Dia menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.





