Personaliti media sosial Zhiddin Aziz yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah berkongsi detik cemas apabila urusan perjalanannya terganggu akibat situasi ketegangan antara Israel dan Iran.
Semoga dipermudahkan urusan

Melalui satu hantaran di Threads, Zhiddin yang terkenal dengan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu itu mendedahkan bahawa penerbangannya terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.
Pembatalan itu susulan berlakunya serangan dan pergolakan peperangan di wilayah tersebut yang menjejaskan ruang udara antarabangsa.
Susulan itu, Zhiddin meminta para pengikut mendoakan keselamatannya di sana.
Tolong doakan kami ya sedaghe. Penerbangan terpaksa dibatalkan saat akhir, susulan khabar peperangan yang mula bergegar.
Semoga kita semua berada di bawah lembayung-Nya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan keselamatan Zhiddin dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
Mereka juga berharap agar peperangan tersebut segera berhenti dan kedua-dua negara tersebut berdamai.
Sumber: Threads Zhiddin Aziz
The post Zhiddin Aziz Terkandas Akibat Konflik Di Asia Barat, Penerbangan Dibatalkan – ‘Tolong Doakan Kami’ first appeared on OHBULAN!.





