32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tracie Sinidol Terkejut Disamakan Dengan Lisa Blackpink – ‘Jauh Betul, Saya Biasa Saja’

    Shopee Sale

    Pelakon Tracie Sinidol tersipu malu apabila imej barunya disamakan dengan salah seorang ahli kumpulan terkenal daripada Korea Selatan iaitu Lisa Blackpink.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tracie Sinidol Tak Fikir Soal Jodoh, Mahu Fokus Pada Kerjaya & Banggakan Keluarga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tracie Sinidol Ralat Tak Dapat Pulang Ketika Kematian Nenek, Akui Sukar Jadi Anak Perantau – ‘Banyak Dugaan & Momen Yang Saya Terlepas’

    Imej baru

    Ketika ditemui , Tracie, 23, memaklumkan imej barunya dibuat bagi melengkapi kriteria watak barunya dalam sebuah filem yang bakal dikeluarkan tahun depan.

    Menurutnya, gaya rambut barunya ini agak sukar untuk digayakan dan memerlukan penjagaan lebih.

    Sebenarnya ini kali pertama saya buat gaya rambut potongan ‘bangs’ sebab terlihat dalam penggambaran filem baru. Itu sebab saya ubah gaya rambut.

    Kalau bukan untuk watak saya tidak akan tukar gaya rambut ini. Susah juga nak uruskan. Perlu sentiasa kemas.

    Tracie berkata demikian ketika ditemui pada malam Finale Drama Hilang Dalam Rindu yang diadakan di Arina Skyview, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Khayrisyah Kemal Tak Kisah Masih Dianggap ‘Budak’ – ‘Mungkin Bila Umur 28, Orang Boleh Terima Cara Pemakaian Saya’

    Lisa Blackpink

    Dalam pada itu, Tracie menganggap pujian yang diterima agak keterlaluan apabila disamakan dengan Lisa Blackpink.

    Bagaimanapun, Tracie berpendapat bahawa bentuk muka menyebabkan dirinya disamakan dengan salah seorang ahli kumpulan terkenal itu.

    Jauh betul kalau nak disamakan dengan Lisa. Saya biasa saja tapi saya ambil sisi positif.

    Bila orang cakap sama, saya pun terkejut. Mungkin sebab gaya rambut potongan ‘bang’ ini.

    Ingatkan satu dua komen saja tapi ramai pula yang cakap sama macam Lisa.

    Terdahulu, Tracie menyorot perhatian ramai dengan gaya rambut barunya menerusi hantarannya di Tiktok.

    Imej barunya itu memberi perubahan ketara pada wajah Tracie sehingga disamakan dengan Lisa Blackpink.

    The post [VIDEO] Tracie Sinidol Terkejut Disamakan Dengan Lisa Blackpink – ‘Jauh Betul, Saya Biasa Saja’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah