28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zawen Anwar Masih Laku Terima Tawaran Jadi Pengacara, Pilih Fokus Kepada Kerjaya & Bidang Kecergasan – ‘Pada Waktu Malam, Saya Bantu Keluarga Di Restoran’

    Shopee Sale



    Zawen Anwar

    Pengacara dan personaliti kecergasan, Zawen Anwar memilih untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya sebagai pengurus pemasaran.

    Tidak ada jiwa berlakon

    Zawen Anwar

    Menurut Zawen, dia masih menerima tawaran sebagai pengacara meskipun sudah lama tidak aktif dalam karier seni.

    Namun, kata mantan juara Hero Remaja 2004, dia mengutamakan tugas hakiki di samping sedang aktif dalam bidang kecergasan serta membantu ibu mentuanya meniaga di restoran.

    Selepas tamat Hero Remaja, saya pernah mencuba berlakon tetapi saya merasakan kerjaya sebagai aktor tak sesuai untuk saya. Saya pernah bergelar pengacara dan aktif dalam bidang kecergasan. Sehingga kini, saya masih mendapat tawaran pengacaraan dan akan memenuhinya jika berkelapangan.

    Kini, saya menumpukan perhatian terhadap kerjaya sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat. Saya turut membahagikan masa dalam bidang kecergasan dan aktif dalam sukan kickboxing serta muay thai dan mendapatkan tauliah sebagai jurulatih.

    Pada waktu malam dan setiap kali ada waktu senggang, saya membantu keluarga di restoran.

    Zawen ditemui di preview berbuka puasa Sinar Ramadan 2025 di Restoran I-Dahlia Corner, Jalan Persiaran Stonor, Kuala Lumpur.

    Tambah Zawen, pada sebelah malam dia akan mengisi masa dengan berjumpa dan melayan pelanggan yang datang ke kedai makanan milik ibu mentuanya, Dahlia Aliruddin setiap hari.

    Walaupun saya sering sibuk, saya seronok dapat membantu ibu mentua di restoran. Setiap hari, kita dapat jumpa ramai orang yang datang singgah menjamu selera.

    Harga bufet murah

    Restoran I-Dahlia Corner,

    Sementara itu, Dahlia Aliruddin selaku pemilik Restoran I-Dahlia Corner teruja berkongsi tawaran menarik dengan harga berpatutan sempena kehadiran bulan Ramadan.

    Rempah ratus yang digunakan berasaskan bahan-bahan segar seperti serai, kunyit hidup, lengkuas, halia dan pelbagai lagi.

    Saya akan memastikan bahan-bahan mentah yang digunakan memenuhi kehendak dan memastikan proses masakan mengikut standard yang ditetapkan. Restoran ini juga menawarkan buffet dengan harga RM59+ (dewasa) dan RM39 ( 7 tahun – 12 tahun / warga emas / OKU ).

    Sinar Ramadan 2025 di Restoran I-Dahlia Corner

    Restoran yang berkonsepkan alam taman bunga menawarkan sehingga 50 menu setiap hari berasaskan juadah tradisional dan pastinya hidangan signature seperti Sup Tulang Meletops, Rendang Minang Dahlia Meletops dan Masak Lemak Siput Sedut Meletops menjadi juadah istimewa mereka bermula 2 Mac hingga 29 Mac.

    MENARIK:  Pelajar Umur 22 Tahun Ditemui Ma*i Tergantun*, Kakak Bau Busuk Disangka Bangkai Haiwan

    Tempahan awal adalah dialu-alukan bagi memastikan kelancaran tempat duduk dan sebarang booking boleh dibuat melalui no telefon 012-3526397, 017-9913907 atau 03-67367641.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah