Pelakon Yusuf Bahrin akui kerap menerima soalan mengenai zuriat pada awal perkahwinan namun tidak lagi selepas lima tahun bersama isteri tercinta, Zizi Kirana.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Okay Saja’ – Yusuf Bahrin Tepis Dakwaan Rumah Tangga Bergolak
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Akui Terlepas Pandang Soal Aurat Ketika Main Bola, Ada Sebab Terpaksa Buka ‘Legging’
Diaju soalan tentang zuriat

Ketika ditemui , Yusuf atau nama lengkap Muhammad Yusuf Bahrin, 34, menganggap soalan tentang zuriat adalah sesuatu yang kerap diajukan buat pasangan yang bergelar suami isteri.
Menurut Yusuf, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana percaya bahawa perkara itu merupakan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah dan akan hadir pada waktu yang tepat.
Selalunya bila raya memang soalan itulah yang keluar. Kita jumpa ramai keluarga dan saudara-mara, jadi benda itu memang biasa ditanya.
Mereka rasa dah okay, sampai satu tahap dah lima tahun berkahwin ni mereka dah senyap. Awal-awal dulu iya selalulah soalan itu keluar, sekarang mereka pun dah penat.
Bertanya tu bagus, tapi bila berkali-kali jadi benda lain. Kita tak nak hadap benda macam tu. Jadi bila dah lama kita okay, saya dan isteri pun tak jawab benda-benda macam tu sangat, jadi orang pun fahamlah itu rezeki.
Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Seindah Hujan Cinta sempat berkongsi mengenai persiapan raya yang disifatkan sebagai sederhana.
Tambah Yusuf, pemilihan warna pakaian kini tidak lagi sedondon bersama Zizi atas persetujuan bersama ekoran citarasa yang berbeza.
Persiapan raya saya sederhana, seperti biasa. Kami tak sedondon. Tahun pertama kahwin saja sedondon, lepas itu bercampur sebab kadang kala ada warna yang kita nak pakai, dia tak nak. Zizi okay saja.
Keluarga saya pun di kampung memang tak sedondon, kecuali kalau majlis perkahwinan.
The post Yusuf Bahrin Kerap Diaju Soal Zuriat Waktu Raya – ‘Dah Lima Tahun Kahwin, Mereka Dah Senyap’ first appeared on OHBULAN!.





