33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Yang Pernah Makan Rembayung, Ada Tak Cara Senang Dapat Slot’ – Haliza Maysuri

    Shopee Sale

    Usahawan, Haliza Maysuri berpendapat hidangan yang disajikan di restoran Rembayung milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming, mempunyai persamaan dengan menu masakan kampung yang lazimnya disediakan oleh para ibu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Berhati Mulia Belanja Pengawal Keselamatan Makan di Rembayung, Netizen Tersentuh

    Mak-mak masak

    Menerusi hantaran di Threads, Haliza berkata meskipun hidangan di restoran tersebut tidak jauh berbeza daripada masakan ibu, orang ramai tetap sanggup berebut menempah slot semata-mata mahu merasai air tangan Khairul Aming.

    Saya rasa menu-menu Restoran Rembayung itu sama je rasanya macam masakan kampung yang mak-mak selalu masak. Takkan siput sedut tiba-tiba rasa spaghetti pula kan.

    Cuma orang ramai sanggup berebut slot sampai yang betul-betul teringin pun tak mudah dapat tempat, sebab nak rasa aura Khairul Aming.

    Dalam perkongsian sama, Haliza turut memaklumkan menantunya antara individu yang berusaha ‘berjuang’ mendapatkan slot untuk ke restoran berkenaan, namun masih belum berjaya.

    MENARIK:  [FOTO] Fasha Sandha Nampak Manis & Ayu Pakai Tudung, Netizen Komen ‘Secantik Bidadari’

    Susulan itu, Haliza mengambil inisiatif memasak sendiri dan menyediakan hidangan yang seakan sama seperti yang ditawarkan di Rembayung, antaranya siput sedut masak lemak, sambal udang petai serta beberapa menu lain.

    Disebabkan menantu Sarah teringin sangat nak makan, hari-hari sebut, ‘Mama masaklah sedaya upaya buat menu yang mirip-mirip macam Rembayung’.

    Dalam masa sama, Haliza turut bertanya kepada netizen yang pernah menjamu selera di Rembayung sekiranya ada cara atau tip untuk mendapatkan slot dengan lebih mudah.

    Netizen yang sudah pernah makan di Rembayung, ada cara tak supaya senang dapat slot?

    Sumber: Threads

    The post ‘Yang Pernah Makan Rembayung, Ada Tak Cara Senang Dapat Slot’ – Haliza Maysuri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah