Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf susulan kekhilafan dalam hantaran dibuatnya ketika berada di sebuah klinik.
Artikel Berkaitan: ‘Tolong Jangan Keluarkan Gambar Yang Bukan-Bukan, Kita Tunggu Je Ardell Balik’ – Nadzmi Adhwa
Artikel Berkaitan: ‘Ardell Antara Mencuri Tumpuan Pada Misi Kali Ini Sebab Itu Dia Kena!’ – Nadzmi Adhwa
Hantaran di klinik

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nadzmi Adhwa Nor Adzmi didakwa mempersoalkan ketiadaan kakitangan di kaunter klinik yang dikunjunginya.
Difahamkan, pihak klinik sudah menjelaskan situasi tersebut berlaku kerana merupakan waktu rehat bagi para kakitangan.
Susulan itu, hantaran Nadzmi mengenai keadaan kaunter kosong berkenaan menarik perhatian ramai yang mempersoalkan niat sebenar di sebalik perkongsiannya.
Sementara itu, Nadzmi turut tampil memohon maaf atas tindakannya yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet di media sosial.
Andai ada tersalah kata tersalah biacara, saya mohon maaf.
Semua yang baik itu dari Allah, yang buruk teruk tak beradab itu dari saya.
Mohon maaf seikhlas hati.
Bagaimanapun, kedua-dua hantaran telah diturunkan oleh pelakon berusia 33 tahun itu bagi tidak memanjangkan lagi isu.
Sumber: Threads @nadzmiadhwa
The post ‘Yang Buruk & Tidak Beradab Itu Dari Saya’ – Nadzmi Adhwa Mohon Maaf Isu Hantaran Kaunter Kosong Di Klinik Kesihatan first appeared on OHBULAN!.





