32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afdlin Shauki Syukur Kes Perolehan Projek DBKL RM4 Juta Selesai, Dedah Ada Rakan Industri Mula Menjauhkan Diri

    Shopee Sale



    Afdlin Shauki

    Sumber foto: Malay Mail

    Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa syukur apabila isu dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membabitkannya sudah selesai.

    Ada orang dengki?

    Afdlin Shauki

    Enggan menuduh mana-mana pihak sebagai dalang, Afdlin, 53, bagaimanapun tidak menolak dakwaan ada yang cuba menjatuhkan reputasinya dan bersikap hasad dengki.

    Bagi saya, ini (dakwaan) bermotifkan politik. Dunia politik memang sangat kotor. Sebagai orang yang berada dalam politik, kita kena pastikan kelompok kita kecil.

    Bila projek besar sangat, akan ada yang tidak puas hati. Mungkin juga dakwaan ini timbul kerana ada yang iri hati atau tidak puas hati.

    Ada yang kata saya guna kabel? Saya ucapkan terima kasih kerana mereka fikir saya ada kabel yang kuat. Tetapi kalau kabel saya kuat, cerita ini tak akan keluar.

    Afdlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan tayangan perdana Astro Raya 2025 di sebuah hotel di Bandar Utama, Selangor, baru-baru ini.

    Berdiam diri

    Afdlin Shauki

    Tambah Afdlin, dia mengambil langkah yang bijak apabila memilih untuk berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan sehingga isu selesai.

    Bila isu mula-mula timbul, saya ambil pendekatan untuk berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya mahu beri laluan kepada badan penyiasatan berkenaan untuk lakukan kerja mereka.

    Orang tuduh memang senang tetapi bila kita nak lawan semula, orang luar akan pandang enteng. Jadi saya diam dulu, dapatkan nasihat orang dalam parti dan mereka juga nasihatkan saya untuk berdiam diri.

    Siasat sendiri

    Dalam masa sama, Afdlin berkata, dia juga mengambil pendekatan untuk ‘menyiasat’ sendiri dengan pihak berkaitan berhubung dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

    Mereka beritahu saya, ada siasatan kerana ada laporan, tetapi bagi pihak DBKL sendiri kata saya tidak salah kerana sudah mengikut tatakelola dan tugas saya memang mencari dana untuk yayasan.

    Saya juga sudah bersedia untuk memberi kenyataan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tetapi tahu-tahu selepas solat di Masjid Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sudah umumkan bahawa saya tiada kaitan dengan kes ini.

    Sementara itu, dalam menghadapi kontroversi ini, Afdlin mengakui ada segelintir rakan industri yang cuba menjauhkan diri daripadanya.

    Memang ada yang tiba-tiba hilang, mungkin takut dikaitkan dengan saya atau masih ragu-ragu. Tapi ramai juga yang menghubungi dan menyatakan kepercayaan mereka kepada saya. Saya tahu siapa kawan, siapa bukan.

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah